Harian Metro

PABM yakin Aniq raih slot ke Olimpik

-

Kuala Lumpur: Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) percaya ada kemungkina­n untuk menyaksika­n satu tiket ke Sukan Olimpik Paris diraih atlet negara yang akan beraksi pada Kejohanan Piala Dunia IWF di Phuket, Thailand bermula hari ini sehingga 11 April depan.

Tiga atlet negara akan beraksi di kejohanan itu iaitu Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin dalam kategori 61 kilogram (kg) manakala Muhammad Erry Hidayat dalam kategori 73kg.

Namun tumpuan kini terarah kepada Aniq yang dilihat mempunyai peluang cerah layak ke Olimpik selepas menduduki ranking kelapan dalam kategoriny­a.

Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat berkata, prestasi semasa Aniq menunjukka­n dia berpeluang untuk mengesahka­n tiket ke Olimpik di Phuket selain memenuhi segala syarat ditetapkan untuk layak ke temasya sukan terbesar dunia itu.

“Kejohanan di Phuket ini adalah kejohanan terakhir untuk kelayakan ke Olimpik dan ia juga kejohanan kelima disertai Aniq.

“Berdasarka­n prestasi terkini serta melihat kepada pesaing lain yang mana kami sudah kenal pasti, mungkin ada peluang untuknya (layak ke Olimpik). Apapun sama-sama kita doakan semoga dia berjaya,” katanya.

Aniq kini pemenang rekod kebangsaan dalam kategori 61 kilogram (kg) dengan angkatan 296kg yang dilakukann­ya di Kejohanan Angkat Berat Dunia

Grand Prix II lalu.

Berdasarka­n kedudukan ranking, atlet China, Li Fabin sedang mendahului dengan jumlah angkatan 314kg diikuti Massidda Sergio dari Itali (302kg) manakala Irawan Eko Yuli dari Indonesia ketiga (300kg).

Qatar,

Disember

 ?? ?? ANIQ pemenang rekod kebangsaan dalam kategori 61 kilogram (kg) dengan angkatan 296kg yang dilakukann­ya di Kejohanan Angkat Berat Dunia Grand Prix II Qatar.
ANIQ pemenang rekod kebangsaan dalam kategori 61 kilogram (kg) dengan angkatan 296kg yang dilakukann­ya di Kejohanan Angkat Berat Dunia Grand Prix II Qatar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia