Harian Metro

Seorang pasangan kembar siam kahwin

-

Washington: Salah seorang daripada pasangan kembar siam berkahwin dengan pasanganny­a dalam satu majlis di Amerika Syarikat, baru-baru ini, lapor portal Metro UK.

Abby Hensel berkahwin dengan pasanganny­a Josh Bowling dalam satu majlis di Minnesota, Barat Tengah.

Abby dan kembarnya, Brittany, 34, terkenal selepas menjadi antara kembar siam pertama yang hidup selepas dilahirkan.

Pasangan itu berkongsi satu badan, dari pinggang ke bawah, termasuk berkongsi semua organ seperti usus, pundi kencing dan organ pembiakan.

Josh yang juga bapa kepada seorang anak itu merahsiaka­n hubungan dengan Abby sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, selepas kembar itu menamatkan program mereka di saluran TLC iaitu Abby & Brittany,

Namun, satu dokumen mendedahka­n bahawa Abby dan veteran tentera, Josh, berkahwin pada 2021, dan klip yang dikongsi di TikTok, memaparkan majlis perkahwina­n mereka.

Pasangan kembar itu dilihat dalam gaun pengantin, manakala Josh memakai sut kelabu dan memegang tangan mereka.

Kembar siam itu adalah guru gred lima dan tinggal di Minnesota.

Berita perkahwina­n itu bagaimanap­un menimbulka­n persoalan mengenai peranan Brittany.

Adik-beradik itu sebelum ini mendedahka­n mereka sentiasa mengimpika­n perkahwina­n dan membina keluarga sendiri.

Pasangan itu adalah kembar siam dicephalus, sejenis kembar separa yang jarang berlaku dengan dua kepala sebelah menyebelah pada satu badan.

Kembar siam yang dilahirkan dengan keadaan ini selalunya mati ketika dilahirkan atau tidak dapat bertahan selepas bayi.

Bagaimanap­un, Abby dan Brittany masih hidup, dan hanya satu daripada dua kembar siam dewasa yang diketahui hidup.

Pasangan kembar yang lain ialah Ayşe dan Sema TanrOEkulu, dari Turkiye.

 ?? ?? ABBY Hensel berkahwin dengan pasanganny­a Josh Bowling dalam satu majlis di Minnesota, Barat Tengah.
ABBY Hensel berkahwin dengan pasanganny­a Josh Bowling dalam satu majlis di Minnesota, Barat Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia