Harian Metro

JEJAS USUS BESAR

Kanser kolorektal semakin meningkat dalam kalangan individu berusia lebih muda

- Oleh Nor 'Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Rakyat Malaysia perlu cakna mengenai kanser kolorektal kerana ia adalah kanser paling lazim berlaku dalam kalangan lelaki iaitu 14.8 bagi setiap 100,000 orang dan kedua paling lazim dalam kalangan wanita (11.1 bagi setiap 100,000 orang).

Lebih membimbang­kan lagi kanser kolorektal ini semakin meningkat dalam kalangan individu berusia lebih muda.

Analisis kajian kumpulan penyelidik­an GUT di Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahka­n peningkata­n kes untuk kumpulan umur 40 hingga 44 tahun dan 45 hingga 49 tahun, sejak 2003 hingga 2017.

Pakar Perunding Gastroente­rologi dan Hepatologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz

UKM, Dr Khairul Najmi Muhammad Nawawi berkata, ujian saringan bermaksud aktiviti pemeriksaa­n yang dilakukan terhadap individu berisiko sederhana atau tinggi terhadap sesuatu penyakit dan tidak mempunyai sebarang gejala.

Menurutnya, tujuan saringan adalah untuk mengesan penyakit pada peringkat awal ataupun mengesan ketumbuhan pada peringkat prakanser.

“Contoh ujian saringan yang giat dijalankan adalah untuk kanser payudara, kanser kolorektal dan kanser servik.

“Ujian saringan bagi kanser kolorektal adalah bertujuan untuk mengesan polip iaitu prekursor kepada kanser kolorektal.

“Polip ialah ketumbuhan kecil di lapisan dinding kolon. Pada kebanyakan kes, polip ini tidak berbahaya,” katanya.

Katanya, namun ia mempunyai potensi untuk berkembang menjadi kanser dalam masa tujuh hingga 10 tahun.

“Potensi untuk menjadi kanser akan lebih tinggi,

sekiranya saiz polip melebihi satu sentimeter (cm) dan mempunyai ciriciri histologi tertentu seperti displasia.

“Ada tiga kepentinga­n saringan kanser kolorektal. Pertama ialah kanser kolorektal antara kanser paling lazim di Malaysia dan menyumbang kepada beban ekonomi dan sosial kepada negara.

“Kepentinga­n saringan kedua adalah kerana penyakit itu berlaku akibat perkembang­an polip. Apabila polip berjaya dikesan dan dibuang, risiko untuk mendapat kanser dapat dikurangka­n secara signifikan.

“Kepentinga­n ketiga adalah kerana ada ujian saringan yang efektif dan mudah diakses,” katanya.

Dr Khairul Najmi berkata, Kementeria­n Kesihatan Malaysia

(KKM) memberi garis panduan jelas mengenai ujian saringan bagi kanser kolorektal.

Katanya lagi, individu berumur 50 hingga 75 tahun (tidak bergejala) dan tidak mempunyai sejarah keluarga kanser kolorektal, mereka disarankan untuk menjalani ujian najis (immunochem­ical fecal occult blood) bagi mengesan kehadiran darah yang tidak kelihatan dengan mata kasar.

“Jika keputusann­ya negatif, ujian najis ini perlu diulangi setiap satu hingga dua tahun.

“Ujian najis ini boleh didapati hampir di semua hospital dan klinik kerajaan mahupun swasta.

“Malah ujian ini amat mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah. Jika keputusan adalah positif, maka individu terbabit perlu dirujuk ke hospital untuk menjalani prosedur kolonoskop­i,” katanya.

Kata Dr Khairul

Najmi, bagi individu yang mempunyai sejarah keluarga kanser kolorektal, mereka boleh dikategori­kan sebagai berisiko sederhana atau tinggi.

“Mereka perlu menjalani kolonoskop­i pada usia 40 tahun ataupun 10 tahun lebih muda berbanding usia ahli keluarga ketika menghidap kanser kolorektal (yang mana lebih awal).

“Bagi individu yang mempunyai gejala, mereka perlu mendapat nasihat doktor segera kerana prosedur kolonoskop­i lebih diperlukan berbanding melakukan ujian najis sebagai saringan.

“Antara gejala yang perlu diberi perhatian adalah perubahan dalam tabiat pembuangan air besar (sembelit atau cirit-birit), darah dalam najis atau dubur berdarah, ketidakpua­san dalam membuang air besar, ketidaksel­esaan perut (kembung, sakit, kekejangan), hilang selera makan serta susut berat badan,” katanya.

Menurutnya, prosedur kolonoskop­i adalah pemeriksaa­n usus besar dengan menggunaka­n tiub panjang yang mempunyai kamera di bahagian hujungnya. Ia amat berguna dalam mengesan sebarang polip mahupun kelainan di lapisan dinding kolon.

“Prosedur ini dilakukan pakar gastroente­rologi dan pakar bedah yang berpengala­man. Secara umumnya, ia adalah selamat dan rendah risiko komplikasi­nya.

“Sehari sebelum hari prosedur, pesakit diberi minum ubat persediaan usus untuk pembersiha­n usus daripada najis.

“Pada hari kejadian, sejurus sebelum prosedur dimulakan, pesakit diberi

kecil yang mempunyai sayap dan mampu terbang dengan pantas. Ia sangat sensitif kepada pergerakan dan amat sukar ditangkap tanpa menggunaka­n alatan khas.

“Serangga ini mempunyai deria hidu yang tajam dan mampu bertelur dalam jumlah banyak.

Kitar hidupnya pendek iaitu kira-kira 20 hingga 30 hari dengan empat peringkat perkembang­an bermula daripada telur, berengga, pupa dan lalat dewasa.

“Ada puluhan ribu spesies lalat di dunia, tetapi hanya sebahagian kecil yang berbahaya kepada manusia,” katanya.

Jelasnya, spesies yang biasa dijumpai di kawasan kediaman manusia adalah lalat rumah atau nama saintifikn­ya ‘musca domestica.’

Katanya, ia mempunyai mata berwarna merah dan badan berwarna kelabu.

Ada empat jalur hitam pada bahagian atas dadanya yang memudahkan pengenal pastian spesies.

Dr Syamsa Rizal berkata, lalat adalah serangga berbahaya kerana ia suka hinggap, membiak di tempat kotor dan busuk seperti longkang tersumbat, timbunan sampah, najis serta bangkai haiwan.

“Akibatnya, kuman seperti virus, bakteria atau parasit yang berada pada najis atau tempat kotor ini akan menempel di kaki atau bulu-bulu halus badan lalat.

“Apabila hinggap pada makanan yang terdedah, kuman ini dipindahka­n ke makanan berkenaan dan menyebabka­nnya tercemar.

“Selepas individu termakan makanan tercemar kuman, maka kuman masuk dalam sistem penghadama­n. Kuman yang berkembang dalam badan menyebabka­n masalah kesihatan seperti sakit perut, muntah, demam, cirit-birit dan najis berdarah.

“Masalah kesihatan lain yang boleh berlaku terutama kepada kanak-kanak adalah seperti kekurangan zat, anaemia (kekurangan darah merah) dan tumbesaran terbantut,” katanya.

Dia yang juga pensyarah Fakulti Perubatan UKM berkata, prihatin terhadap persekitar­an dalam dan luar rumah adalah kunci utama untuk mencegah diri serta keluarga daripada dijangkiti penyakit bawaan lalat.

Dalam pada itu, Dr Syamsa Rizal berkongsi langkah mudah yang boleh diikuti bagi menghindar­i penyakit bawaan lalat.

Buang makanan sekiranya ada telur lalat. Kehadiran telur lalat menunjukka­n lalat sudah hinggap pada makanan.

Tutup makanan menggunaka­n tudung saji. Bau makanan yang kuat boleh menarik lalat masuk dalam rumah.

Jangan biarkan sisa makanan ditinggalk­an pada pinggan atau dalam singki.

Pastikan sisa makanan dan sampah dibuang dalam tong sampah yang bertutup rapi.

Elakkan makan di restoran tidak bersih dan menyajikan makanan terdedah.

Gunakan pelindung jaring pada tingkap untuk mengelakka­n kemasukan lalat.

Boleh menggunaka­n perangkap lalat atau alat pembunuh lalat elektrik untuk mengurangk­an jumlah lalat di rumah.

Bersihkan najis haiwan peliharaan dengan segera. Pastikan kawasan keliling rumah bersih daripada kotoran yang menjadi tempat pembiakan lalat.

Selepas individu termakan makanan tercemar kuman, maka kuman masuk dalam sistem penghadama­n. Kuman yang berkembang dalam badan menyebabka­n masalah kesihatan seperti sakit perut, muntah, demam, cirit-birit dan najis berdarah DR SYAMSA RIZAL

 ?? ?? SEBANYAK 14.8 bagi setiap 100,000 orang lelaki di Malaysia menghidap kanser kolorektal.
SEBANYAK 14.8 bagi setiap 100,000 orang lelaki di Malaysia menghidap kanser kolorektal.
 ?? ?? WANITA turut berisiko hidap kanser kolorektal.
WANITA turut berisiko hidap kanser kolorektal.
 ?? ?? KIT ujian najis 'immunochem­ical fecal occult blood test'.
KIT ujian najis 'immunochem­ical fecal occult blood test'.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia