Harian Metro

SEDIA KETEPI HUBUNGAN BAIK!

Arteta, Guardiola ubah status hubungan bagi rebut gelaran EPL

- AFP

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta perlu mengenepik­an hubungan baik dengan pengendali Manchester City, Pep Guardiola menjelang pertembung­an kedua-dua pasukan dalam misi merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Kedua-dua individu terbabit sebelum ini cukup rapat dengan Arteta pernah bergelar penolong jurulatih selama tiga musim di City sebelum berhijrah ke Emirates pada 2019 untuk mengendali­kan Arsenal.

Ketika ini, dua kelab itu hanya dipisahkan satu mata dengan City yang berada di tangga ketiga bakal menanti kunjungan pendahulu EPL itu di Stadium Etihad, malam ini.

Menurut Arteta, beliau perlu mengubah status hubunganny­a dengan Guardiola demi memastikan Arsenal kekal di puncak liga.

“Kekaguman dan apa yang saya rasa terhadapny­a pastinya tidak berubah. Pada pendapat saya, beliau jauh di depan sebagai jurulatih terbaik di dunia dan beliau antara orang yang paling baik pernah saya temui dalam bola sepak.

“Sudah tentu beliau antara yang paling saya seronok dan gembira bekerja bersamanya. Ia akan kekal di sana selama-lamanya. “Pada masa ini peraturann­ya kekal begitu dan anda perlu menyesuaik­an diri dengannya,” Arteta pada sidang media praperlawa­nan kedua-dua pasukan itu.

Ujarnya lagi, bukan mudah untuk membenam City yang kini dalam misi pemburuan trofi EPL keempat berturut-turut selain cuba mengulangi pencapaian treble musim lalu.

“Mereka meningkatk­an tahap liga ini dan bola sepak secara umum ke satu tahap yang belum pernah dilihat sebelum ini.

“Inilah keunikan sukan ini kerana ia menjadikan anda lebih bagus dan mencabar diri anda. Anda perlu kekal dengan rentak itu dan itulah yang kami cuba lakukan.

“Ia satu perlawanan yang besar buat kedua-dua pasukan. Ia akan memberikan kami rangsangan lebih besar sekali lagi jika kami pergi ke sana dan menang,” katanya.

 ?? ?? GUARDIOLA
ARTETA
GUARDIOLA ARTETA
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia