Harian Metro

Terima 3,000 ancaman serangan siber setiap hari

-

Johor Bahru: Malaysia menerima lebih 3,000 insiden ancaman serangan siber setiap hari, yang berusaha membolosi sistem keselamata­n negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ancaman keselamata­n terhadap negara bukan sahaja wujud dalam bentuk fizikal malah ancaman keselamata­n siber.

“Setiap hari, serangan siber terhadap negara adalah lebih 3,000 insiden.

“Jika ia (serangan) berjaya dapat godam sistem kita, mereka (penggodam) dapat masuk untuk mengintip, mendengar dan meninjau pergerakan kita, perbualan kita terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan operasi ketenteraa­n sebagainya.

“Serangan dan usaha ini dilakukan untuk masuk dalam sistem negara kita oleh pelbagai pihak. Siapa pihaknya, kita tak perlu beritahu.

“Namun saya nak beritahu bagaimana anggota ATM berkerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu tanpa cuti bagi menjaga kedaulatan negara bagi dibolosi secara fizikal dan ancaman serangan siber ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Blok Rumah Keluarga Angkat Tentera (RKAT) Desa dan Lapang Sasar Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian mengulas kebimbanga­n rakyat negara ini susulan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk senjata api serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Lelaki berusia 36 tahun itu dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada 12 Mac lalu menggunaka­n pasport Perancis.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi mengucapka­n tahniah kepada PDRM atas kejayaan melakukan penangkapa­n berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia