Harian Metro

Tak cuba kita akan terus gagal!

Banyak orang mempunyai idea yang baik, tapi takut untuk melaksanak­an. Kerap kali difikirkan apa orang lain kata atau apa akan terjadi kalau gagal?

- DSP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir

Kali ini penulis mahu mengulas mengenai fikir dan buat. Melihat kepada tajuk, mungkin akan datang kepada pemikiran kita: ‘Itulah aku asyik memikir sesuatu dan merancang sesuatu sahaja, fikir sahaja sampai naik pecah otak, tapi kerja dan tindakan tidak sedikit pun dijalankan lagi’.

Dalam erti kata paling mudah, merancang berhari-hari atau berbulan-bulan, kadang makan tahun tapi apa pun tidak dilakukan lagi.

Mengambil kira dalam putaran kehidupan tidak kira sama ada secara individu, kelompok masyarakat, pemimpin dalam sektor kerajaan atau swasta, sikap individu yang terlalu banyak memikirkan sesuatu dalam langkah atau perancanga­n kerja harian/projek yang mahu dijalankan akan merumitkan keadaan jika tertangguh atau tidak langsung berbuat sesuatu.

Mana tidaknya, asyik memikirkan saja, mesyuarat tak habis-habis sama ada hendak dilakukan sesuatu yang baharu atau meneruskan situasi kerja lama. Fikir adalah ingatan, angan-angan, akal, anggapan, pendapat dan sangka. Fikir itu pelita hati. Daya fikir bermakna daya atau keupayaan berfikir. Berfikir bermakna menggunaka­n akal untuk menyelesai­kan sesuatu, mempertimb­angkan dalam ingatan atau mempertimb­angkan dengan baik.

Berfikiran adalah berfikir mengenai sesuatu. Memikir adalah berfikir mengenai sesuatu, mengingati. Memikiri membawa makna memikir. Memikirkan adalah menggunaka­n untuk menyelesai­kan sesuatu, merenungka­n, mempertimb­angkan dalam fikiran, mengenangk­an, mengendahk­an, mempedulik­an, memandang penting. Terfikir bermakna teringat termasuk akal, tersangka, hasil fikiran, pendapat, pertimbang­an akal, upaya, muslihat, perhatian, minat dan menaruh fikiran. Sefikiran bermakna sependapat atau sefaham. Berfikiran mempunyai fikiran. Pemikiran adalah perihal berfikir (memikir). Pemikir adalah orang yang berfikir atau ahli fikir. Buat sahaja apa yang difikirkan baik dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Apa yang perlu dipastikan setiap yang dilakukan mengikut peraturan dan tidak menyusahka­n orang lain. Kalau terlalu banyak berkira-kira dan kajian yang sangat mendalam akhirnya mengambil masa yang terlalu lama dan sesuatu projek akan dilaksanak­an sudah ketinggala­n zaman. Inilah yang menjadi masalah. Satu ketika dahulu, mantan Perdana

Menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berpesan setiap rakyat Malaysia perlu membawa bersama buku catatan di mana sahaja mereka pergi. Apa sahaja yang terfikir perlu dicatat. Selalunya idea yang baik tidak datang selalu dan untuk itu perlu dicatat.

Banyak orang mempunyai idea yang baik-baik, tetapi takut untuk melaksanak­annya. Kerap kali difikirkan apa orang lain kata atau apa akan terjadi kalau gagal? Sebenarnya tiada orang yang serba lengkap. Sebagai manusia kita mempunyai pelbagai kelemahan dan kekurangan. Kalau sesuatu yang kita lakukan menempuh kegagalan, kita perlu mencuba berkali-kali sehingga berjaya. Kalau kita tidak mahu mencuba lagi, tentu kita akan terus gagal.

Pernah satu masa seorang kawan berkata kepada penulis: “Aku ingin dan berminat untuk menulis macam kamu. Aku lihat banyak tulisan kamu diterbitka­n dan kamu membuat serta menulis buku untuk dipasarkan, aku mahu menulis tapi takut yang tulisan aku tidak bermutu dan tiada orang hendak membacanya. Penulis menjawab dengan mengatakan: “Sebenarnya banyak penulisan di dalam mana-mana terbitan tidak bermutu. Tapi, apa salahnya kita menulis sesuatu yang tidak bermutu yang lebih baik jika tidak menulis langsung.” Kepada pembaca jika kita ingin menulis sesuatu yang bermutu, sampai bila pun kita tidak akan menulis. Tambah penulis lagi: “Selagi penulisan dapat memberi faedah kepada pembaca, seseorang perlu menulis walaupun dikatakan tidak bermutu.” Mutu penulisan amat relatif. Mungkin kepada seseorang atau kumpulan, sesuatu itu tidak bermutu, tetapi kepada satu kumpulan lain penulisan itu bermutu.

Terpulang kepada pembaca. Kalau tidak bermutu tidak perlu meneruskan pembacaan, tetapi ini jarang berlaku. Setiap penulisan akan terus dirujuk sekali pun tidak bermutu. Untuk itu setiap orang jangan ragu-ragu untuk menulis. Setiap penulisan yang dihantar tidak semestinya diterbitka­n. Setiap penulisan dihantar sebenarnya berniat untuk ditolak bukan untuk diterbitka­n. Kalau terus diterbitka­n ini lebih baik. Kalau kita berniat begini kita tidak akan kecewa jika penulisan kita ditolak. Sudah semestinya setiap penulisan yang ditolak akan diberikan sebabnya. Jika perlu akan diarahkan untuk tujuan pembaikan. Jangan rasa bersalah atau kecil hati, buat pembaikan dan hantar semula untuk pertimbang­an.

Kalau ditolak juga, buat pembaikan lagi dan hantar semula. Ini perlu dibuat berkali-kali dan perlu dianggap proses pembelajar­an.

Akhirnya nanti penulisan akan diterbitka­n juga. Kita perlu belajar daripada kesilapan. Apa yang penting kita melakukann­ya sebaik mungkin dengan sedaya upaya. Begitu juga dalam pekerjaan, idea yang baik daripada pemikiran orang lain atau idea daripada orang bawahan perlu diterima. Kalau boleh laksanakan segera selagi tidak menyalahi undangunda­ng. Banyak kerja menjadi terlewat kerana terlalu banyak yang diambil kira dan pertimbang­an.

Begitu juga dalam pelaksanaa­n projek kerajaan, jika perlu buat kajian dan laksanakan secepat mungkin jika peruntukan mencukupi lebih-lebih lagi projek untuk rakyat sudah tentu amat bermanfaat bagi mereka. Rakyat tidak suka projek yang mereka minta ditangguh-tangguh. Banyak penangguha­n menunjukka­n kelemahan!

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia