Harian Metro

Ameeshenra­j cipta kejutan

-

Kuala Lumpur: Pemain skuasy lelaki negara, C Ameeshenra­j melakar kejayaan sensasi dalam kariernya apabila muncul juara kejohanan Terbuka Kelab Kriket Liverpool di Liverpool, England kelmarin.

Gelaran itu diperoleh Ameeshenra­j selepas menewaskan pilihan ketujuh dari Republik Czech, Viktor Byrtus 11-6, 11-3, 11-5 dalam tempoh 32 minit.

Di sepanjang kejohanan berkenaan, Ameeshenra­j, 20, mempamerka­n mutu permainan mantap apabila berjaya mengatasi lawan di

ranking yang jauh lebih tinggi daripadany­a seperti pemain Mesir, Moustafa Elsirty (106) di suku akhir.

“Sejujurnya lidah saya kelu menjuarai kejohanan 15k, ia kedengaran agak menarik. Penonton di Liverpool juga sangat luar biasa. Setiap kali saya rasa letih, semangat daripada penonton membuatkan adrenalin saya terus bersemanga­t dan mereka adalah penonton yang mengagumka­n sepanjang minggu ini,” katanya yang menghuni ranking ke-134 dunia itu.

Pemain bukan pilihan itu yang hanya berjaya mara ke pentas akhir sekali iaitu ketika di Jelajah Challenger sebelum ini, turut membenam juara bertahan Ben Smith untuk mara ke pentas final itu.

Menurutnya, selepas mengharung­i setahun yang mencabar dan gagal mendapatka­n keputusan yang diinginkan sejak beberapa bulan lalu, kejayaan itu ternyata memberi kepuasan.

“Saya bekerja keras dengan jurulatih dan saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Hari ini cukup berbeza. Jelas sekali bermain menentang Elsirty dan Ben Smith, pemain yang tidak pernah saya kalahkan sebelum ini atau bermain dengan mereka pun sebelum ini.

“Namun dengan Viktor, ia sedikit berbeza kerana saya pernah bermain dengannya dan menewaskan dia sebelum ini, jadi ia boleh dikatakan sebagai satu peluang berharga, jadi sudah tentu ada rasa sedikit gementar dalam diri,” katanya.

Sejujurnya lidah saya kelu menjuarai kejohanan 15k, ia kedengaran agak menarik. Penonton di Liverpool juga sangat luar biasa. Setiap kali saya rasa letih, semangat daripada penonton membuatkan adrenalin saya terus bersemanga­t dan mereka adalah penonton yang mengagumka­n sepanjang minggu ini”

C Ameeshenra­j

 ?? ?? AMEESHENRA­J tewaskan pilihan ketujuh dari Republik Czech, Viktor Byrtus.
AMEESHENRA­J tewaskan pilihan ketujuh dari Republik Czech, Viktor Byrtus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia