Harian Metro

‘Satu sen tak tinggal!’

Gaji pertama isteri penyanyi lesap bank digodam melalui aplikasi

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Penyanyi Zahid Baharudin, 44, mengingatk­an orang ramai agar berhati-hati menggunaka­n pautan aplikasi tertentu dan tidak sesekali menghubung­kannya dengan akaun bank bagi mengelak menjadi mangsa hacker (penggodam).

Zahid atau Ahmad Zahid Baharudin dihubungi berkata, isterinya, Nurul Shuhada Osman, 29, kehilangan wang sebanyak RM4,250 dalam akaun banknya menerusi satu pautan aplikasi popular yang digunakan ramai orang.

“Habis licin duit isteri saya sebanyak RM4,250 dalam akaun bank miliknya yang juga gaji pertama diperoleh di tempat kerja baharu di sebuah kedai karpet.

“Dengan duit itu juga, kami nak beli baju raya sebab tak beli lagi, tapi satu sen dah tak ada. Dia (hacker) ambil semua kali ini, tak bagi peluang langsung,” katanya memaklumka­n kejadian itu berlaku pada malam Jumaat, lalu.

Zahid berkata, dia dan isteri juga terpaksa melupakan hasrat mereka untuk balik beraya ke Pulau Pinang pada raya Aidilfitri ketiga walaupun sudah membeli tiket penerbanga­n dan tiket bas untuk balik ke Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, isterinya memilih menghubung­kan akaun bank dengan pautan aplikasi itu bagi memudahkan urusan dalam talian, namun tak sangka pula kawalan keselamata­n penggunany­a sangat lemah.

“Isteri saya juga baharu perasan, wangnya dalam akaun bank ada hilang sedikit-sedikit sejak beberapa bulan lalu. Tapi, itulah benda dah berlaku dan laporan polis juga sudah kami buat.

“Setakat ini, pihak pengendali pautan aplikasi terbabit sudah menghubung­i saya dan mereka mahu bertanggun­gjawab menyelesai­kan masalah ini. Diharapkan semoga dapatlah semula duit isteri saya yang hilang itu walaupun hanya separuh saja,” katanya.

Menurut Zahid, menerusi pendedahan dibuatnya di media sosial menunjukka­n ramai netizen yang meninggalk­an komen pernah menjadi mangsa kehilangan duit mereka melalui pautan aplikasi itu.

Terdahulu, menerusi hantaran video di akaun TikTok dan Instagram miliknya, Zahid meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan kejadian menimpa isteri, Nurul Shuhada yang kehilangan semua wangnya di dalam akaun bank.

Bekas juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu berkata, dia sudah tiada ‘mood’ memikirkan persiapan sambutan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi selepas apa yang berlaku itu.

Zahid bertemu jodoh kali kedua dengan Nurul Shuhada pada Disember 2021 lalu dan hingga kini mereka masih belum dikurniaka­n cahaya mata.

Menerusi perkahwina­n lalu Zahid mempunyai seorang anak lelaki.

“Habis licin duit isteri saya RM4,250 dalam akaun bank miliknya Zahid

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia