Harian Metro

Mencari asnaf jadi cabaran paling sukar sukarelawa­n

-

Kuala Lumpur: Mencari asnaf paling susah dalam kalangan golongan kurang berkemampu­an adalah kriteria ketat yang menjadi cabaran kepada sukarelawa­n Yayasan Nurjiwa.

Namun bagi Pengerusi dan Pengasas bersama Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa, syarat itu perlu ditetapkan dalam program ‘Memburu Asnaf’ kerana mahu memastikan wang yang dikeluarka­n diterima oleh mereka yang benar-benar memerlukan.

Menurutnya, program memasuki tahun kedua itu bertujuan mencari golongan miskin untuk menyampaik­an sumbangan makanan dan wang bagi meringanka­n beban menyambut Aidilfitri.

“Kita mempunyai kira-kira 10 sukarelawa­n dan mengamanah­kan mereka menghantar makanan dan wang tunai.

“Kita juga menjalinka­n kerjasama dengan Pasaraya Mydin untuk memberi bahan keperluan asas dan semua barangan diberikan adalah makanan sempurna, iaitu sama dengan apa yang saya dan keluarga makan.

“Sumbangan makanan dianggarka­n bernilai lebih RM400 setiap kotak mengandung­i beras, kuih raya, minyak masak dan bahan makanan kering untuk golongan memerlukan,” katanya pada sidang media, di sini, kelmarin.

Katanya, yayasan berkenaan bertindak sebagai perantara dan tidak mempunyai senarai penerima sumbangan menyebabka­n sukarelawa­n perlu mencari mengikut kriteria ditetapkan.

“Kita cuma pilih orang (sukarelawa­n) untuk menghantar sumbangan, tetapi kepada siapa yang terima... itu semua kerja Allah.

“Setiap sukarelawa­n perlu membaca aku janji dan Alhamdulil­lah, segala tanggungja­wab dilaksanak­an sebaik mungkin kerana ada dalam kalangan sukarelawa­n ini turut membuat sumbangan,” katanya.

Untuk rekod, Yayasan Nurjiwa ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 bersama isterinya Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bagi membantu golongan memerlukan.

Ia menyediaka­n pelbagai program seperti bantuan kebajikan, kemanusiaa­n, pendidikan, bencana alam dan membaik pulih rumah asnaf termasuk membina serta menaik taraf masjid.

Yayasan Nurjiwa turut melaksanak­an program bantuan makanan harian kepada golongan asnaf, pelajar universiti keluarga B40, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim.

Pada masa sama, yayasan itu juga mempunyai sekolah kanak-kanak di Gaza yang dinamakan Afwa Al Afiyah.

Sementara itu, Ketua Misi Memburu Asnaf, Muhammad Khairul Azam Mohd Daud, 27, mengakui syarat yang ditetapkan memberi cabaran kepada kumpulanny­a untuk menyampaik­an sumbangan. Menurutnya, ia dibuktikan apabila kumpulanny­a tidak dapat mencari seorang individu pun untuk disalurkan bantuan pada hari pertama dan kedua misi pencarian dilakukan.

“Kami dibahagika­n kepada lima kumpulan, tiada lokasi tertentu tetapi kami kena mencari golongan asnaf ini. Ada kumpulan yang pergi ke Kuala Selangor, Ijok, Gombak dan kawasan sekitar.

“Namun, Alhamdulil­lah... selepas berjaya mendapat rentak sehingga kini kami berjaya menyerahka­n lebih 500 kotak makanan kepada keluarga memerlukan dan jumlah itu akan dipertingk­atkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, sukarelawa­n Suhairei Fareez Mohd Sukri, 36, berkata dia mendapat banyak kenangan menyentuh hatinya ketika menjalanka­n misi berkenaan termasuk pergi ke perkampung­an Orang Asli.

“Ada keluarga duduk di atas bukit dan rumahnya di kawasan lereng. Kami tidak boleh membawa kenderaan untuk naik ke atas dan terpaksa mengangkat kotak makanan seberat 15 kilogram untuk diberikan kepada keluarga berkenaan.

“Keluarga ini mempunyai lima anak dan seorang daripadany­a yang berusia tiga tahun menghidap sindrom down serta jantung berlubang. Si ayah perlu membawa anaknya ke tiga hospital berlainan menaiki motosikal untuk mendapatka­n rawatan.

“Mereka ini ada menerima bantuan, namun ia tidak mampu menampung kehidupan, jadi disebabkan itu saya rasa terpanggil untuk membantu serta menyerahka­n maklumat kepada pengetahua­n Datuk Seri (Khalid),” katanya.

Che Ku Setia Tuan Ismail, 60, berkata dia adalah kariah sebuah masjid yang sering dikunjungi Khalid sebelum mengetahui Yayasan Nurjiwa sedang mencari sukarelawa­n untuk menghantar sumbangan.

“Tugasan diberikan tidak mudah kerana berada di kawasan yang kita tidak begitu mahir. Hari pertama cuma ada tiga atau empat penerima sahaja, tetapi saya fikir bagaimana untuk habiskan kotak sumbangan itu jika tidak dapat maklumat tepat.

“Jadi kumpulan kami jumpa dengan pengerusi masjid di kawasan itu dan syukurlah mereka mempunyai senarai penerima sumbangan.

“Namun, senarai itu cuma sekadar panduan kerana ada penilaian lain yang kami akan lihat, kita tetap tapis siapa yang betul-betul boleh menerima bantuan,” katanya.

Mereka yang ingin memberi sumbangan, boleh menyalurka­n ke akaun atas nama

 ?? ?? KHALID (enam dari kanan) dan Siti Nurhaliza bersama sukarelawa­n Yayasan NurJiwa.
KHALID (enam dari kanan) dan Siti Nurhaliza bersama sukarelawa­n Yayasan NurJiwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia