Harian Metro

Tak mengaku cabul anak sendiri

-

Muar: Pengawal keselamata­n mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas anak kandungnya di sebuah rumah pangsa di daerah ini, sejak tahun lalu.

Tertuduh berusia 58 tahun yang juga duda membuat pengakuan itu dan mohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya di rumah pangsa, pada jam 10 pagi, 24 April 2023.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengulangi perkara sama terhadap mangsa di tempat letak motosikal, kawasan rumah pangsa terbabit, pada jam 4 petang, Februari lalu.

Manakala pertuduhan ketiga, dia juga mengulangi perbuatan itu di rumah sama, pada jam 11.30 malam, 16 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.

Bagi Seksyen 14 (a), hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga dikenakan sebatan manakala Seksyen 16, penjara sehingga lima tahun serta sebat tidak kurang dua kali, bagi setiap pertuduhan.

Berdasarka­n laporan dibuat mangsa, mereka hanya bertiga tinggal bersama bapa selepas bercerai dengan ibunya.

Mangsa dikatakan memendam perkara sebelum memberitah­u pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang datang ke rumah bagi urusan hak penjagaan mangsa, kakak dan adik lelakinya.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar. Susulan laporan itu, polis berjaya menahan suspek pada 26 Mac lalu untuk membantu siasatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh dengan mengambil kira mangsa anak kandung serta tinggal bersama.

Mahkamah kemudian membenarka­n permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam tertuduh.

 ?? ?? TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar.
TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia