Harian Metro

RASA NAK TERKENCIN SAAT DIACU RAIFAL!

Lima sukarelawa­n rakyat Malaysia kongsi pengalaman ditahan tentera Zio menuju kem pelarian al-Arroub untuk laksanakan iftar anjuran Yayasan

- Oleh Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my Kuala Lumpur

Umpama berada di ambang maut. Itu pengalaman dialami lima sukarelawa­n rakyat Malaysia apabila diacu raifal tentera Israel ketika melalui sekatan berhampira­n kem pelarian al-Arroub di selatan Tebing Barat laluan antara Hebron-Baitulmaqd­is, Palestin bagi melaksanak­an iftar anjuran Yayasan Nurjiwa, baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada pesara bank Roslan Mustapha, 60; pengusaha kedai makan dan gimnasium Fazil Muhammad Dali, 50; siak Masjid Bukit Mulia, Bukit Antarabang­sa Idi Razi Razali, 49; kontraktor Shazwan Hardy Kusnondar, 37, dan bekas komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Muhammad Salleh, 51.

Menceritak­an detik mencemaska­n itu, Roslan berkata, kejadian berlaku pada 21 Mac lalu iaitu hari ke-11 Ramadan ketika mereka berjalan menuju ke kem pelarian al-Arroub menjelang waktu berbuka puasa.

“Kami keluar dari hotel penginapan di Kota Lama Baitulmaqd­is selepas waktu Asar dan perjalanan ke kem pelarian itu kira-kira 30 kilometer (km) dan mengejar waktu iftar jam 5.58 petang waktu tempatan.

“Namun jalan ke kem ditutup oleh tentera Israel menyebabka­n kami terpaksa parkir kenderaan jauh dan berjalan.

“Kira-kira lima meter untuk lalu sekatan tentera, tiba-tiba mereka mengangkat raifal dan cahaya di atas senjata itu jelas menuju ke arah kami. Masa itu memang tergamam, rasa nak terkencing pun ada,” katanya ketika ditemui di pejabat Yayasan Nurjiwa, di sini, kelmarin. Katanya, mereka sudah mengucapka­n syahadah sebelum rakyat Palestin bernama Kasim yang menjadi penunjuk arah dan fasih berbahasa Hebrew secara spontan menjerit mengatakan sesuatu ke arah tentera Israel itu.

“Kami kemudian dibenarkan meneruskan perjalanan ke kem pelarian al-Arroub dan dapat melihat sendiri agihan pek juadah iftar sumbangan rakyat Malaysia menerusi Yayasan Nurjiwa selesai dilaksanak­an seperti yang dirancang.

“Pada majlis iftar itu, kita dapat berikan juadah berbuka kepada 250 penghuni kem pelarian, manakala

 ?? ?? SUKARELAWA­N Yayasan Nurjiwa menunjukka­n bantuan kemanusiaa­n sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin.
SUKARELAWA­N Yayasan Nurjiwa menunjukka­n bantuan kemanusiaa­n sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia