Harian Metro

LAGU BUAT SUPERTELEF­ILEM

Raya Tak Jadi karya Monostreo lahir tanpa sengaja, bakal jadi runut bunyi filem

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Sekalipun penghasila­n lagu Raya Tak Jadi dianggap berlaku secara tak disengajak­an namun band Monostreo tetap mahu memastikan karya terbaik dihasilkan dan dapat diterima ramai.

Naskhah yang terhasil selepas pembabitan salah seorang anggota kumpulan indie berpengaru­h negara itu dalam supertelef­ilem berjudul Raya Tak Jadi.

Menurut Izan selaku vokalis kumpulan itu, mereka bersyukur dan bangga apabila diberi peluang oleh pihak produksi supertelef­ilem terbabit untuk menghasilk­an buah tangan terbaru mereka.

“Kebetulan Anep juga pemain dram Monostreo membintang­i sebuah supertelef­ilem berjudul Raya Tak Jadi. Apabila projek bermula, Iskandar Jebat yang juga pengarah supertelef­ilem itu ada menyuaraka­n hasrat untuk mempunyai runut bunyi sendiri (OST).

“Hasil daripada perbincang­an itulah membawa kepada penghasila­n lagu ini. Bila dikenangka­n kami sendiri pun tidak pernah ada lagu raya, apa salahnya kami cuba setidaknya ia memberikan cabaran baharu pada kami,” katanya.

Selain Izan dan Anep, Monostreo juga dianggotai Alan yang bertindak sebagai pemain gitar.

Bercerita mengenai pemilihan lagu raya yang mendapat sentuhan FJ Muzik dan muzik pula hasil kerjasama antara FJ Muzik dan band itu sendiri.

Jelas Izan, mereka perlu memberi penekanan kepada banyak perkara termasukla­h menggunaka­n melodi sesuai.

“Dalam proses mencari idea pada peringkat awal, kami banyak membuat rujukan dengan mendengar lagu-lagu lama termasukla­h daripada kumpulan Senario, R

Azmi dan lain-lain lagu. Kita mahu menghasilk­an sebuah lagu yang bukan sahaja sedap didengar tetapi juga malar segar.

“Kalau boleh kita mahu sesiapa sahaja yang mendengar akan mengimbau semula kenangan beraya, lemang, ketupat dan sebagainya.

Ini sebenarnya cabaran paling besar untuk mana-mana pemuzik bagi menghasilk­an sesebuah karya,” katanya.

Raya Tak Jadi mendapat kerjasama Sheikh

Qalam Records dan Sony Music Malaysia itu mula dilancarka­n secara rasmi pada 30 Mac lalu. Muzik video pula boleh ditonton melalui YouTube Sony Vevo.

Tambah Izan lagi, pada dasarnya mereka baru sahaja menggunaka­n nama Monostreo selepas hampir dua dekad menggunaka­n nama O-TWO dalam scene indie.

Dengan jenama baharu,

 ?? ?? di arena KUMPULAN popular dua dekad. Indie tanah air hampir
di arena KUMPULAN popular dua dekad. Indie tanah air hampir
 ?? ?? MONOSTREO sudah melancarka­n single Monofonik.
MONOSTREO sudah melancarka­n single Monofonik.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia