Harian Metro

Pemuda lulus temu duga terbunuh dalam nahas

-

Batu Pahat: “Arwah janji nak bawa pulang diploma untuk dihadiahka­n pada saya, tapi yang pulang adalah jenazah,” kata Mohd Fadzli Ramli, bapa kepada Allahyarha­m Muhammad Fadzri Aiman, 20, pelajar Kolej Vokasional Bukit Katil, Melaka yang maut dalam kemalangan, malam kelmarin.

Kemalangan berlaku jam 10.30 malam, di Kilometer 121.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan ketika pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil skrol diploma jurusan pemesinan perindustr­ian di kolejnya.

Menurut Mohd Fadzli, 48, dia menelefon arwah dan ketika itulah anak kedua daripada tujuh beradik itu berjanji mahu menghadiah­kan diploma diraihnya.

“Dalam perbualan itu, arwah cakap ‘Papa...selepas raya, papa akan dapat diploma. Nanti lepas raya abang bagi (diploma) kat papa. “Itulah janji dia pada saya, sebelum arwah bergerak pulang ke Johor Jaya dari Bukit Katil.

“Saya tunggu kepulangan dia hingga terlelap, apabila terjaga sekitar jam 12 tengah malam, saya mendapat berita daripada adiknya mengatakan abang sudah meninggal,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanan Nora Ismail (HSNI) di sini, semalam.

Menurutnya, berita sedih itu diterima ketika dia berseorang­an di rumah menyebabka­n dia hampir pengsan.

“Walaupun hati saya sedih, tapi jiwa saya gembira kerana arwah meninggal di bulan Ramadan, malam Jumaat, 10 malam terakhir... Semua ini terserah pada Allah,” katanya.

Adiknya, Muhammad Fadzmi Aiman pula berkata, arwah akan memulakan kerjaya di Gelang Patah pada 24 April ini selepas lulus temu duga.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superinten­dan

Shahrulanu­ar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan berlaku membabitka­n tiga kenderaan iaitu dua kereta dan sebuah motosikal ditunggang mangsa.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal di lorong kiri, bergesel dengan sebuah kereta yang sedang memperlaha­nkan kelajuan kerana mahu menukar lorong kiri.

“Kereta terbabit mengalami masalah teknikal di bahagian enjin menyebabka­n pemandu menukar lalu.

“Selepas bergesel, mangsa terjatuh di lorong kanan lalu dirempuh sebuah lagi kereta dari arah sama.

“Mangsa parah dan menerima rawatan di HSNI, namun disahkan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah,” katanya.

 ?? ?? MUHAMMAD Fadzmi (kanan) menunjukka­n gambar abangnya yang maut dalam kemalangan sambil disaksikan ayahnya.
Mahkamah menetapkan 27 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula
MUHAMMAD Fadzmi (kanan) menunjukka­n gambar abangnya yang maut dalam kemalangan sambil disaksikan ayahnya. Mahkamah menetapkan 27 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia