Harian Metro

Malaysia tawar jadi presiden sidang UN-Habitat

-

Kuala Lumpur: Malaysia menawarkan diri untuk pencalonan sebagai Presiden Persidanga­n Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2026 hingga 2029.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, kementeria­nnya dipertangg­ungjawab membuat segala persiapan bagi memastikan matlamat itu tercapai.

“Jemaah Menteri sudah membuat ketetapan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mewakili negara (bertanggun­gjawab) untuk pencalonan sebagai Presiden Persidanga­n UN-Habitat bagi penggal 2026 2029 itu.

“Jadi, kita akan mula membuat kerja persiapan supaya dapat membantu meningkat dan mengangkat martabat Malaysia di pentas berkenaan,” katanya semalam.

UN-Habitat diberi mandat oleh Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mempromosi­kan bandar dan pengurusan bandar mampan dari segi sosial dan alam sekitar dengan matlamat menyediaka­n tempat perlindung­an mencukupi untuk semua.

Sementara itu, Nga berkata, Anugerah Kecemerlan­gan Media KPKT (AkeMedia) hingga 2024 yang dijadual berlangsun­g pada 8 November depan bakal menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n RM59,000.

Beliau berkata, AkeMedia kali ini mempertand­ingkan lapan kategori merangkumi topik seperti perumahan, pihak berkuasa tempatan (PBT), kebombaan, kemampanan bandar dan persekitar­an hijau, pengurusan sisa pepejal dan kredit komuniti.

Antara kategori itu Anugerah Khas YB KM (Anugerah Utama), Anugerah Penyiaran Televisyen Terbaik, Anugerah Video Portal/Dalam Talian Terbaik dan Anugerah Penyiaran Radio Terbaik.

Turut dipertandi­ngkan untuk penyertaan media bermula semalam sehingga 16 September ialah Anugerah Penerbitan Artikel Terbaik, Anugerah Kewartawan­an Foto Terbaik, Anugerah Kandungan Media Sosial Terbaik dan Anugerah Video Popular/Pilihan.

“KPKT memutuskan meneruskan anugerah berprestij ini buat kali kedua selepas mendapat sambutan 365 penyertaan daripada pelbagai agensi media pada tahun lalu.

“Saya amat berpuas hati dengan hasil karyawan para peserta yang banyak membantu KPKT menyalurka­n maklumat tepat kepada rakyat yang ingin mengetahui hasil kerja kementeria­n serta agensi bawah kementeria­n,” katanya.

“KPKT mula buat kerja persiapan bantu angkat martabat negara Nga Kor Ming

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia