Harian Metro

‘DUIT BOLA KITA CARI DUIT LAIN’

Sanusi enggan guna duit kerajaan negeri untuk bantu KDA FC

- Oleh Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengulangi pendirian dan polisi kerajaan negeri bahawa duit kerajaan negeri tidak akan digunakan bagi membiayai gaji bola sepak serta masalah berkaitan kelab Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang sudah diswastaka­n.

Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkata, bantuan kepada kelab bola sepak hanya disalurkan melalui KFA selaku badan bola sepak negeri apabila KFA membantu dengan jumlah RM16 juta kepada KDA FC sejak kelab itu ditubuhkan.

“Saya tak guna duit kerajaan negeri untuk bayar gaji bola sepak, sama juga tak guna duit kerajaan negeri untuk bayar gaji kerja dalam syarikat.

“Selama ini kita bantu KDA FC melalui KFA.

Dari mula KDA FC ditubuhkan sampai sekarang ini, KFA sudah bantu KDA FC sebanyak RM16 juta, ingat sikit ka? Dan lepas tu ada yang kata kita tak tolong.

“Polisi itu sangat mudah. Duit bola kita cari duit lain. KFA ada dan sudah tolong dengan jumlah RM16 juta sejak dulu dan sampai la ni pun masih lagi tolong.

Jumlah diberi pun juta la bagi baru ni, tapi saya tak mau bising,” katanya ketika mengulas mengenai masalah baki tunggakan gaji yang belum diselesaik­an KDA

FC setakat ini yang mencetus kebimbanga­n penyokong Kedah. Sanusi berkata, jumlah disalurkan kepada KDA FC sebanyak RM16 juta itu besar dan dikira mampu memberi manfaatkan sekiranya diberikan kepada golongan lebih memerlukan seperti anak yatim. “RM16 juta kalau diberi kepada anak yatim macam ni cuba bayangkan tengok, kalau kita banding dengan kegunaan untuk bola mana lebih afdal? tentulah anak yatim,” katanya.

Pada masa sama, Sanusi bimbang di atas sikap penaja yang mungkin akan merasa terkesan untuk menaja disebabkan KFA pernah disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari lalu.

“Bola ni kalau kita cari duit nanti SPRM mai cekup (tangkap), yang tu pun saya hangat hati jugak. Di seluruh dunia ni semua persatuan bola sepak dan sukan cari sumbangan, macam-macam cara la orang mai menyumbang dan tu pun depa mai cekup kita. “Kalau nak bermain politik juga dalam sukan, itu yang susah dan boleh membunuh bola sepak,” katanya.

“Saya tak guna duit kerajaan negeri untuk bayar gaji bola sepak Sanusi

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia