Harian Metro

Turun 1,454 content menyentuh isu 3R

-

Kulai: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama platform media sosial menurunkan 1,454 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) antara Januari hingga Mac tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, daripada jumlah itu, ucapan kebencian berkaitan agama adalah yang tertinggi dengan 727 kandungan diikuti berkaitan kaum (588) dan institusi diraja (139).

“Pada tahun lalu, SKMM menurunkan sebanyak 1,633 kandungan berkaitan 3R dan pada tiga bulan pertama tahun ini saja, sebanyak 1,454 kandungan 3R telah dibawa turun, angka ini amat membimbang­kan,” katanya.

Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, pecahan statistik kandungan berkaitan 3R yang paling tinggi dikesan adalah menerusi Facebook dengan 731 diikuti aplikasi TikTok (705); aplikasi X (sembilan); YouTube (lima) dan Telegram (empat).

Ketua Wanita DAP itu juga menyuaraka­n kebimbanga­n bahawa kes terbabit akan meningkat menjelang Pilihan Raya

Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu bulan depan.

“Kebiasaann­ya pada proses pilihan raya seperti PRU (Pilihan Raya Umum), PRN (Pilihan Raya Negeri) atau PRK, hantaran mengenai 3R ini lebih kerap dibangkitk­an, harap perkara ini tidak berlaku pada PRK Kuala Kubu Baharu.

“Ada sesetengah pemilik akaun dipercayai akaun palsu atau ‘tangan ghaib’ dengan sengaja mencetuska­n kemarahan dan kebencian dengan memuat naik kandungan berkaitan 3R,” katanya.

Oleh itu, beliau menasihati orang ramai agar menjadi pengguna yang bijak dan tidak terpengaru­h dengan isu-isu 3R dimainkan pihak terbabit. - Bernama

Ada sesetengah pemilik akaun dipercayai akaun palsu atau ‘tangan ghaib’ dengan sengaja mencetuska­n kemarahan dan kebencian”

Teo Nie Ching

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia