Harian Metro

19 motosikal disita!

Pelajar sekolah menengah antara 178 individu kena tahan

- Ipoh Oleh Muhamad Lokman Khairi am@hmetro.com.my

Seramai 30 pelajar sekolah menengah antara 178 individu yang ditahan polis dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang, di sini, awal pagi semalam.

Operasi bermula 2.30 pagi itu dijalankan sepasukan 72 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mereka yang ditahan atas pelbagai kesalahan terdiri daripada 166 lelaki dan 12 perempuan berusia antara 15 hingga 34 tahun.

“Antara yang ditahan ialah 30 pelajar sekolah menengah dan empat penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

“Daripada 143 motosikal yang ditahan, sejumlah 19 motosikal disita atas pelbagai kesalahan termasuk paling serius ialah mengubahsu­ai kenderaan mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan sebanyak 302 saman dikeluarka­n kepada pengguna jalan raya,” katanya pada sidang

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 166 lelaki dan 12 perempuan Abang Zainal

media di Unit Penguatkua­saan Trafik IPD Ipoh, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh AADK mendapati lima individu positif dadah dengan seorang daripadany­a pernah ditahan atas kesalahan sama tahun lalu.

“Lima individu itu akan diambil tindakan seterusnya oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ipoh dan AADK.

“Operasi ini dirancang bagi tujuan membantera­s aktiviti samseng jalanan yang mana pihak polis mendapat banyak aduan daripada penduduk kerana ganggu ketenteram­an awam,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? ABANG Zainal memeriksa dokumen daripada 178 individu yang ditahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan. - Gambar NSTP/L MANIMARAN
ABANG Zainal memeriksa dokumen daripada 178 individu yang ditahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan. - Gambar NSTP/L MANIMARAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia