Harian Metro

‘Hamidin ‘all out’ nak majukan bola sepak negara’

-

Kuala Lumpur: “Datuk Hamidin saya kenal dah lama, beliau memang seorang peneraju berkaliber dan menjalanka­n tugas dengan all out.”

Itu nada keyakinan bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar yang percaya kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di bawah teraju Datuk Hamidin Mohd Amin selaku presiden tidak melakukan sebarang kesalahan dalam urus tadbir badan induk itu.

Jelas Azlan, langkah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan perlu diambil secara positif di mana ia boleh menafikan tuduhan surat layang menerusi e-mel kepada pengamal media berkenaan salah laku dalam FAM.

“Pada saya sebagai Presiden FAM, ada satu kehebatan mengenai Datuk Hamidin ini beliau tidak pernah menidakkan apa saja cadangan atau bantuan kepada kami bekas pemain bola sepak negara. Beliau bila kami WhatsApp beliau akan jawab...bila kami telefon beliau akan angkat dan kalau tak angkat, beliau akan balas semula di mana beliau sentiasa berdamping dengan kami.

“Jadi saya rasa wajar beliau berada di situ (selaku Presiden) kerana saya lihat dia all out untuk memajukan bola sepak negara. Pada saya kalau bercakap pasal Datuk Hamidin ini, beliau bukan orang barulah dalam bola sepak negara. Memang daripada dulu kita dapat lihat kaliber beliau betapa baiknya daya kepimpinan yang ditunjukka­n.

“Jadi saya rasa SPRM yang datang menyiasat ini patut dilakukan kerana pada saya, insya-Allah kebenaran akan terbukti nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Ahad lalu, beberapa organisasi media arus perdana menerima e-mel daripada pengirim yang tidak dikenali membangkit­kan isu berkaitan kepimpinan dan pengurusan FAM.

Dalam e-mel itu, pihak pengirim mendakwa wujud elemen rasuah dan tatakelola yang tidak betul hingga memaksa ramai kakitangan meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan.

Susulan itu, SPRM menerusi Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahka­n sudah menjalanka­n siasatan sejak Rabu lalu.

 ?? ?? AZLAN
AZLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia