Harian Metro

Peluang terakhir raih tiket Olimpik

-

Kuala Lumpur: Atlet pelayaran negara, Khairulniz­am Mohd Affendy berada pada prestasi terbaik menjelang kejohanan kelayakan terakhir ke Sukan Olimpik Paris 2024, Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis dari 20 hingga 27 April ini.

Kelmarin, atlet berpengala­man itu menamatkan saingan Piala Dunia ILCA 7 di Mallorca, Sepanyol di kedudukan ke-16 daripada 193 pelayar dan bagi Khairulniz­am, ia adalah satu perkembang­an positif menjelang kejohanan terakhir mencari slot ke temasya berkenaan.

“Kalau diikutkan pada masa sekarang ini, saya berada di tahap terbaik. Insya-Allah, cuma ada sedikit yang perlu diperbaiki lagi untuk memastikan semua berada di tahap terbaik sebelum kejohanan itu,” kata atlet berusia 31 tahun itu.

Dalam aksi di Mallorca, Khairulniz­am menduduki tempat ke-16 daripada 193 peserta dengan kebanyakan atlet di kedudukan lebih atas daripadany­a sudah pun melayakkan diri ke Paris 2024.

Ditanya mengenai saingan di Hyeres nanti, pelayar berpengala­man itu berkata, dia perlu memburu penamat dalam kelompok tiga negara terbaik dan mengharapk­an prestasi ketika ini dapat dibawa pada kejohanan berkenaan nanti.

“Kalau diikutkan negara yang tak layak itu, saya berada di kedudukan pertama dalam kejohanan ini (di Sepanyol). Jadi saya harap di Last Chance Regatta nanti dapat kekal prestasi seperti ini.

“Tak mustahil untuk layak sekiranya dapat kekalkan prestasi seperti ini dan saya perlu memperbaik­i kelemahan seperti membuat keputusan dan juga (taktikal) di permulaan perlumbaan,” katanya.

Untuk rekod, Khairulniz­am sedang memburu pentas Olimpik keempatnya di Paris dengan sebelum ini membuat kemunculan pertama di temasya terbesar dunia berkenaan di London 2012.

“Tak mustahil untuk layak sekiranya dapat kekalkan prestasi seperti ini Khairulniz­am

 ?? ?? KHAIRULNIZ­AM akan beraksi di Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis untuk buru tiket ke Sukan Olimpik.
KHAIRULNIZ­AM akan beraksi di Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis untuk buru tiket ke Sukan Olimpik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia