Harian Metro

‘LETERAN PAGI RAYA SUDAH TIADA’

Dua beradik yatim piatu terpaksa sambut lebaran tanpa 6 insan tersayang

- Muar Oleh Alias Abd Rani am@hmetro.com.my Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my Sungai Petani

“Kami terlalu rindu suara mereka, tiada lagi leteran kedengaran di pagi raya kali ini dan gambar kami sekeluarga dirakam di rumah nenek pada raya ketiga tahun lalu ialah yang terakhir.”

Itu luahan dua beradik yatim piatu yang terpaksa menyambut lebaran tanpa insan tercinta selepas enam ahli keluarga mereka pergi serentak dalam kemalangan di Segamat, September tahun lalu.

Abdur Rahman Amir Ruddin, 20, dan adiknya, Abdullah, 16, hilang tempat bergantung dan hanya menumpang kasih nenek, ibu dan bapa saudara mereka sejak tragedi itu.

Mahu atau tidak, Abdur Rahman dan Abdullah yang juga satu-satunya ahli keluarga terselamat dalam tragedi petang Jumaat itu melalui saat getir walaupun kisah pahit terbabit sudah tujuh bulan berlalu.

Ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Parit Lapis Darat, Parit Jawa di sini, Abdur Rahman kelihatan menahan sebak setiap kali menyebut nama ibu, Norahimah Noor Muhamad,

43, bapa, Amir Ruddin Ismail@Ahmad, 46, serta empat beradik mereka yang terbabit dalam nahas.

“Nak tak nak, kami kena sambut juga Aidilfitri kali ini. Kami tidak menyangka pengakhira­n sebegini, bayangkan beraya tanpa enam insan tersayang di sisi.

“Memang diakui sukar bagi kami berdua beraya tanpa mereka. Kami amat rindukan masakan ibu di pagi raya, berkumpul di rumah nenek dan mendengar gelak lain.

“Kami tidak sangka beraya bersama mereka tahun lalu adalah yang terakhir. Tidak terlintas di fikiran,” katanya.

Menurutnya, tahun lalu, mereka hanya dapat berkumpul bersama pada hari raya ketiga memandangk­an bapanya perlu menjalanka­n tugas sebagai imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang terlebih dahulu.

Abdur Rahman berkata, kali ini mereka akan menyambut Aidilfitri di rumah nenek bapa di Kampung Batu Kapur, Temerloh, Pahang.

“Tahun ini giliran keluarga kami beraya di Pahang.

“Walaupun kepulangan tanpa ibu bapa dan adik beradik lain, kami harap sambutan kekal seperti mana mereka ada bersama tahun sebelumnya,” katanya. tawa adik beradik

Sementara itu, Abdullah yang semakin pulih sejak koma akibat kemalangan berkenaan mengakui dia kerap teringatka­n keenam-enam ahli keluargany­a.

“Biasanya kalau hendak tidur, saya teringat wajah mereka, wajah penuh senyum, ketawa dan saya terlalu merindui mereka.

“Saya harap sambutan kali ini seperti biasa, saya kena kuat. Kalau rindukan mereka, saya akan berdoa semoga mereka tenang di sana,” katanya.

Dalam pada itu, ibu saudara, Nora Hila, 37, yang juga adik arwah ibu mereka berkata, rendang, lemang kuah kacang serta kari ayam kampung menjadi pilihan keluarga terbabit setiap kali Syawal tiba.

“Arwah kakak sering menjadi peneman di dapur setiap kali membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Kami sentiasa bergurau sambil memasak juadah raya.

“Tapi kali iniberbeza, sebab itu, kami minta semua adik beradik beraya di sini, kalau tidak suasana jadi sepi,” katanya.

Kemalangan jam 6.30 petang, 1 September tahun lalu, meragut nyawa ibu, bapa serta empat adik beradik Abdur Rahman iaitu Fatimatuzz­ahra, 17, Seri Khadijah Aqilah, 14, Rufaidatul Ansyariyah, 10, dan adik bongsunya, Muhammad Assyakrawi, 5.

Nahas di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan ketika keluarga terbabit dalam perjalanan menghantar Norahimah yang juga guru Sekolah Agama Semedak ke Segamat.

Hanya Abdullah terselamat dalam tragedi itu namun bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Segamat selepas parah di kepala dan badan.

Jenazah enam beranak itu dikebumika­n dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong, Parit Jawa.

“Ini kali pertama saya serta adik-adik sambut Aidilfitri tanpa mama dan abah, malah sebagai kakak sulung, saya perlu sediakan segalanya untuk gembirakan hati mereka,” kata Nurul Fatin Hanani Azmi, 23.

Dalam kejadian jam 1 pagi, 11 Januari lalu, bapa tirinya, Mohd Norzianal Mohd Ainol, 46, dan ibunya, Suhana Othman, 43, meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka melanggar tiang elektrik dipercayai cuba mengelak babi melintas dalam kejadian dekat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, dekat sini.

Selain Nurul Fatin Hanani, mereka meninggalk­an empat lagi anak iaitu Aida Batrisya Mohd Norzianal, 17, Alia Batrisya, 16, Adam Irfan, 15, dan Adib Ieman, 8.

Menurut Nurul Fatin Hanani, segala pakaian untuk adik-adiknya dan kuih muih siap dibeli dan dia juga belajar memasak rendang serta ketupat untuk juadah di pagi raya sama seperti pernah dibuat ibunya sebelum ini.

“Walaupun rasanya tidak sama seperti yang arwah buat, saya akan tetap lakukan yang terbaik untuk adik-adik,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Pahlawan di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, adik bongsu mereka, Adib Ieman paling rapat dengan ibunya dan sering mengigau serta menangis pada waktu malam kerana teringatka­n ibu bapa mereka.

Katanya, keadaan itu lebih dirasai semasa minggu pertama kejadian dan adiknya mencari ibunya ketika hendak tidur sehingga mena

“Saya harap sambutan kali ini seperti biasa, saya kena kuat. Kalau rindukan mereka, saya akan berdoa semoga mereka tenang di sana”

 ?? ?? ABDUR Rahman (kiri) dan adiknya Abdullah menziarahi pusara ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong, Parit Jawa.
ABDUR Rahman (kiri) dan adiknya Abdullah menziarahi pusara ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong, Parit Jawa.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia