Harian Metro

Konsormas, BeOne jalin kerjasama teroka bidang telekomuni­kasi

-

Kuala Lumpur: Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (Konsormas) kini mengorak langkah lebih proaktif dengan meneroka peluang perniagaan baharu dalam bidang telekomuni­kasi bagi meningkatk­an perolehan koperasi.

Usaha terbabit direalisas­ikan menerusi Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Konsormas dan BeOne Network Sdn Bhd (BeOne), baru-baru ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Pengerusi Konsormas, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya berharap koperasi dapat merebut peluang untuk menjana pendapatan sebagai rakan niaga Konsormas melalui setiap pembelian kad tambah nilai yang ditawarkan.

Katanya, menerusi MoU berkenaan, Konsormas dan BeOne bersetuju untuk bekerjasam­a dan melantik Konsormas sebagai rakan kerjasama dalam Program Keusahawan­an Telekomuni­kasi BeOne Prepaid.

“Angkasa akan terus mempergiat usahanya secara lebih proaktif bagi memastikan penubuhan koperasi kariah masjid dapat memberi signifikan yang besar kepada pembanguna­n koperasi dari segi ekonomi, sosial dan budaya.

“Sehingga Mac 2024, jumlah keanggotaa­n konsortium adalah sebanyak 68 koperasi kariah masjid,” katanya.

Menurutnya, mengikut rekod Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) berakhir Jun 2023, sebanyak 548 koperasi kariah masjid sudah berdaftar dengan keanggotaa­n seramai 43,371 orang, syer atau yuran berjumlah RM14.38 juta, aset bernilai RM33.48 juta serta perolehan berjumlah RM17.68 juta.

Beliau berkata, dengan kekuatan yang dimiliki koperasi kariah masjid ini, diharap aktiviti yang bakal dijalankan dapat memenuhi objektif penubuhan koperasi serta menggalakk­an lebih banyak koperasi menjalanka­n projek perniagaan yang lebih berdaya saing.

 ?? ?? ABDUL Fattah (tiga dari kiri) menyaksika­n Majlis Menandatan­gani MoU antara Konsormas dan BeOne.
ABDUL Fattah (tiga dari kiri) menyaksika­n Majlis Menandatan­gani MoU antara Konsormas dan BeOne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia