Harian Metro

Selawaters busker Islamik ‘hiasi’ stesen minyak

-

Kuala Lumpur: Jika kebanyakan ‘buskers’ memilih kedai makan atau jalanan untuk menghiburk­an orang ramai, tidak bagi pemuda ini yang ‘busking’ di stesen minyak.

Nur Muhammad Aiman Abu Sama, 29, berkata, dia bersama beberapa rakan lain juga menggelark­an diri mereka sebagai Selawaters yang lebih kepada berselawat dan menyanyika­n lagu-lagu berunsur ketuhanan.

Menurutnya, sepanjang Ramadan lalu dia ‘busking’ bagi tujuan mengumpul dana bagj pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) disertainy­a iaitu Persatuan Kebajikan Ilmu Al Hawariyyun.

“Busking di stesen minyak ini adalah rezeki baharu kami sepanjang Ramadan. Jadi, saya bersama beberapa rakan lain bergilir-gilir untuk buat persembaha­n di sini. Sebelumnya, kami ‘busking’ di kedai makan termasuk di bazar Ramadan juga.

“Tujuan kami adalah untuk kutipan dana Persatuan Kebajikan Ilmu Al Hawariyyun. Ia bagi membayar penceramah jemputan dan beberapa aktiviti lain yang dianjurkan.

“Apa yang membezakan kami dengan ‘buskers’ lain juga adalah kami berselawat dan menyanyika­n lagu ketuhanan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya yang juga pemuzik kumpulan nasyid Raihan, sesi ‘busking’ itu tidak memfokuska­n satu kawasan semata-mata. “Selain di stesen minyak Petronas Bandar Seri Putra ini, kami juga ‘busking’ di Semenyih, Kota Warisan dan Petaling Jaya. Kiranya, merata juga pergi.

“Sepanjang Ramadan lalu, kami bermula dari pagi sampai petang. Kalau selepas Asar sampai jam 10 malam. Kebiasaann­ya kami ikut kelapangan waktu masing-masing.

“Tidak ada waktu tetap. Insya-Allah, seminggu selepas raya kita akan sambung semula.

“Setiap kali ‘busking’ sumbangan orang ramai tidak menentu. Kadang lebih RM100, malah pernah juga kurang daripada itu,” katanya.

“Tujuan kami adalah untuk kutipan dana Persatuan Kebajikan Ilmu Al Hawariyyun. Ia bagi membayar penceramah jemputan dan beberapa aktiviti lain yang dianjurkan”

 ?? ?? AIMAN berselawat dan menyanyika­n lagu ketuhanan di sebuah stesen minyak.
AIMAN berselawat dan menyanyika­n lagu ketuhanan di sebuah stesen minyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia