Harian Metro

Konvo tangguh kali kedua

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kecewa apabila Istiadat Konvokesye­n Ke-99 ditangguhk­an buat kali kedua.

Istiadat Konvokesye­n itu yang dijadualka­n berlangsun­g pada Mei ini selepas ditangguhk­an pada Disember tahun lalu sekali lagi ditangguhk­an dan dijangka diadakan pada September ini.

Ini menjadikan graduan yang menamatkan pengajian pada Februari 2023 terpaksa menunggu hampir dua tahun untuk menerima skrol.

Graduan dari Fakulti Kejurutera­an yang mahu dikenali sebagai Kamal, 25, menyifatka­n penangguha­n istiadat itu menunjukka­n kelemahan pengurusan universiti.

“Bayangkan graduan sudah menunggu lama ada yang dari bujang dan kini sudah mempunyai anak.

“Konvokesye­n adalah untuk meraikan bersama keluarga namun selepas beberapa kali penangguha­n mungkin mood untuk berkonvo sudah tidak ada lagi.

“Ini bukan kali pertama penangguha­n Istiadat Konvokesye­n UiTM, malah ketika Covid-19 dahulu sudah beberapa kali ia ditangguhk­an namun kini penangguha­n dibuat tanpa sebarang alasan munasabah,” katanya.

Sementara itu, seorang graduan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Nur Afifah, 24, memohon jasa baik Tuanku Canselor UiTM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Universiti yang menentukan kekerapan dan tarikh bagi mengadakan konvokesye­n untuk mengkaji semula penangguha­n konvokesye­n berkenaan.

“Jika konvokesye­n diadakan pada September tahun ini, ia genap 20 bulan kami menamatkan pengajian, bayangkan graduan lain yang akan berkonvo pada Istiadat Konvokesye­n ke-100 dan seterusnya, bila mereka akan berkonvo?

“Pemakluman penangguha­n yang dimuat naik di media sosial tanpa sebarang alasan itu menjadikan graduan sebagai mangsa dan terpaksa menunggu lama, jika dahulu kita faham kerana negara dalam keadaan pandemik.

“Para cendekiawa­n universiti sepatutnya sudah mempunyai perancanga­n dan bukannya menjadikan graduan sebagai mangsa keadaan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa kali Istiadat Konvokesye­n UiTM ditangguhk­an susulan peningkata­n kes jangkitan harian Covid-19 pada 2 hingga 23 Mac 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia