Harian Metro

Saya tengok peluang hendak menang itu ada: Sulaiman

-

Kuala Lumpur: Biarpun sering digagalkan oleh Thailand tahun lalu terutama adalam saingan Sukan Sea Kemboja, Piala Raja Thai dan Sukan Asia Hangzhou, skuad sepak takraw negara masih diletakkan kepercayaa­n untuk menyinar di P iala Dunia yang bakal berlangsun­g bulan depan.

Ia diakui oleh bekas pemain negara, Sulaiman Salleh mengenai kemampuan skuad negara untuk menjulang trofi berkenaan di laman sendiri dan membalas dendam di atas kekalahan tahun lalu.

“Saya tengok peluang hendak menang itu ada, 90 peratus kita boleh catatkan kemenangan. Ini kerana kita dari segi serangan nampak boleh memberikan tentangan kepada Thailand,” kata bekas pemain kebangsaan dari 2003 hingga 2007 itu.

Beliau berkata, Thailand juga ada kalanya tidak mampu untuk menahan servis dan rejaman pemain negara, oleh sebab itu beliau merasakan tiada masalah buat Malaysia memalukan Thailand.

“Lagi pun beraksi di laman sendiri sokongan padu penyokong akan memberikan kelebihan buat pasukan kebangsaan.

Selain bantuan dua konsultan dari Thailand yang dibawa masuk untuk memperkuat­kan pertahanan negara,” katanya.

Sulaiman yang menghadiah­kan dua perak di Sukan Asia Doha 2006 menerusi acara berpasukan dan antara regu turut mengakui pemain muda dan senior sudah mula menunjukka­n keserasian.

Katanya ada kesinambun­gan antara pemain muda dan senior yang tidak terlalu jauh jurang sekali gus memberi kelegaan buat peminat sukan sepak takraw negara.

“Antara pelapis dan senior tidak jauh beza, cuma senior mempunyai pengalaman dari segi taktikal berbanding pelapis yang kurang sedikit.

“Thailand tiada masalah mereka sentiasa ada pengganti walaupun ramai pemain senior bersara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia