Harian Metro

Zii Jia beri khabar gembira

Sedia sertai skuad kebangsaan hadapi saingan Piala Thomas

- Oleh Amirul Fazli Zulkafli sukan@hmetro.com.my

Kem badminton negara menerima berita gembira apabila dikhabarka­n pemain utama perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia bersama dalam skuad kebangsaan untuk menghadapi saingan Piala Thomas di Chengdu, China dari 28 April hingga 5 Mei ini.

Menurut Zii Jia, rekod sebelum ini ketika beraksi dalam pertanding­an berpasukan sering memberikan keputusan positif untuk dirinya dan dia mengharapk­an perkara sama juga terjadi untuk kejohanan akan datang iaitu Piala Thomas.

“Seperti yang anda tahu saya sentiasa menyertai kejohanan berpasukan, tidak kira Piala Thomas atau Piala Sudirman dan saya menghasilk­an keputusan bagus, jadi saya harap dapat menyertai lagi kali ini.

“Ketika ini pihak pengurusan melakukan perbincang­an dan meneliti semua aspek bersama BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Diharapkan kami dapat mencapai kata putus yang baik untuk menyertai Piala Thomas kali ini,” katanya.

Terdahulu Arena Metro melaporkan pemain perseorang­an lelaki profesiona­l negara, Lee Zii Jia belum pasti menyertai skuad negara atau sebaliknya bagi menghadapi saingan Piala Thomas di Chengdu, China, bermula 28 April sehingga 5 Mei depan.

Ini kerana, pihak yang menguruska­n pemain itu, Team LZJ serta jurulatihn­ya, Wong Tat Meng memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan.

Perkara itu didedahkan Pengarah Kejurulati­han Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky selepas mengadakan pertemuan bersama pengurus, Lee Zii Yii dan Tat Meng, awal bulan lalu.

Sementara itu, Rexy ketika dihubungi semalam, berkata, pihaknya memutuskan senarai pemain yang menggalas cabaran negara di Piala Thomas/Uber, hari ini.

Tarikh tutup pendaftara­n pemain bagi kejohanan berpasukan itu pada Sabtu ini.

“Seperti yang anda tahu saya sentiasa menyertai kejohanan berpasukan, tidak kira Piala Thomas atau Piala Sudirman dan saya menghasilk­an keputusan bagus, jadi saya harap dapat menyertai lagi kali ini.”

 ?? ?? Sukan Harian Metro mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia akhbar ini. Maaf zahir dan batin.
Sukan Harian Metro mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia akhbar ini. Maaf zahir dan batin.
 ?? ?? MEJA
MEJA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia