Harian Metro

TAKTIK ‘ULAT KAPCAI’ BOCOR

Penyeludup rokok, vape guna khidmat penunggang motosikal Malaysia bekerja di Singapura

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Guna khidmat ‘ulat kapcai’ untuk menjayakan misi menyeludup rokok putih dan vape melepasi Tambak Johor ke negara jiran, Singapura.

Itu antara taktik terbaru digunakan sindiket penyeludup­an rokok putih dan vape yang masih aktif melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan.

Modus operandi terbaru penyeludup­an menggunaka­n khidmat penunggang motosikal yang berulang alik bekerja ke Singapura itu dianggap lebih ‘selamat’ dan sukar dikesan.

Malah kemasukan beribu motosikal ketika waktu puncak awal pagi dijadikan waktu terbaik untuk sindiket menyeludup masuk rokok ke negara jiran.

Sumber Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata, penggunaan motosikal menjadi pilihan sindiket selepas mereka mengalami kerugian besar susulan rampasan berjuta kotak rokok yang cuba diseludup menggunaka­n lori atau treler sebelum ini.

Hampir setiap minggu cubaan menyeludup rokok menggunaka­n kenderaan berat bernombor pendaftara­n Malaysia berjaya dipatahkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n (ICA) di Woodlands, Singapura.

Dalam kejadian terbaru Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n (ICA) di Woodlands berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok putih menggunaka­n motosikal.

Difahamkan ICA menggunaka­n mesin pengimbas X-Ray berteknolo­gi tinggi bagi mengesan sebarang objek mencurigak­an sebelum menahan tiga penunggang motosikal.

Sewaktu pemeriksaa­n dilakukan sebanyak 1,000 kotak rokok yang tidak dibayar cukai ditemui disembunyi­kan di beberapa bahagian motosikal termasuk di bawah tempat duduk.

“Rampasan membabitka­n pelbagai jenama rokok seludup yang mampu dijual sehingga dolar Singapura

(SGD) $22 (RM68) sekarton di negara berkenaan.

“Difahamkan salah seorang suspek cuba melarikan diri namun dikejar dan berjaya diberkas pihak berkuasa negara berkenaan,” katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, pegawai ICA di Pusat Pemeriksaa­n Tuas turut berjaya menggagalk­an dua percubaan menyeludup rokok menggunaka­n lori yang berdaftar di Malaysia.

Dalam kes pertama, pihak alat pengimbas digunakan

ICA mengesan imej mencurigak­an pada muatan aluminium dibawa lori berkenaan.

Bagaimanap­un pemeriksaa­n lanjut menemui 9,790 pelbagai jenis rokok elektronik vape yang disembunyi­kan di dalam kabin lori itu.

Rampasan sama turut dilakukan terhadap sebuah lagi lori berasal dari Malaysia mengandung­i 6,224 pelbagai jenis rokok vape yang tersembuny­i di dalam kotak di bahagian tengah kontena.

Pada 24 Januari lalu, pihak ICA turut merampas

7,200 rokok vape dan cecair vape yang turut cuba diseludup menggunaka­n lori.

Baru-baru ini Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar mengingatk­an rakyat Malaysia termasuk golongan yang bekerja republik itu supaya sentiasa cakna dengan perkembang­an undang-undang negara berkenaan.

Katanya ini penting bagi mengelakka­n kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa di negara itu.

“Saya harap semua sentiasa ‘update’ (cakna) berkaitan undang-undang

Singapura. Baru-baru ini ramai yang kena tahan bawa vape (rokok elektronik) dan sebagainya.

“Apabila disiasat, pasport kena ambil dan tidak boleh balik ke Malaysia. Ini akan sebabkan banyak masalah dan kadang kala apabila majikan tahu, mereka akan terus diberhenti­kan,” katanya.

Vape adalah diharamkan di Singapura dan menjadi satu kesalahan untuk memiliki, membeli atau menggunaka­n rokok elektronik dan komponen berkaitann­ya serta pesalah boleh didenda sehingga S$2,000 (RM7,000) bagi setiap kesalahan.

Ia juga satu kesalahan untuk menjual, memiliki untuk dijual, mengimport atau mengedar rokok elektronik dan komponen berkaitann­ya.

Pesalah boleh didenda sehingga $10,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan didenda sehingga $20,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan kedua atau seterusnya.

Jenama rokok seludup dijual sehingga dolar Singapura (SGD) $22 (RM68) sekarton

 ?? ??
 ?? ?? RAMPASAN dilakukan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n (ICA). Gambar kecil, imbasan x-Ray mengesan rokok dan vape cuba diseludup masuk ke Singapura oleh pemandu lori Malaysia.
RAMPASAN dilakukan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n (ICA). Gambar kecil, imbasan x-Ray mengesan rokok dan vape cuba diseludup masuk ke Singapura oleh pemandu lori Malaysia.
 ?? ?? MOTOSIKAL ditunggang rakyat Malaysia yang dikesan digunakan untuk menyeludup rokok dan vape ke Singapura.
MOTOSIKAL ditunggang rakyat Malaysia yang dikesan digunakan untuk menyeludup rokok dan vape ke Singapura.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia