Harian Metro

TART PUSAT PEMULIHAN

Bekas penagih tekuni ilmu bakeri di Puspen mahu buka bisnes selepas dibebaskan

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my Jelebu

Pengalaman menghasilk­an tart di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Jelebu di sini, menjadi ilham kepada klien pusat itu memulakan perniagaan menjual kuih sebaik dibebaskan kelak.

Klien di Puspen Jelebu dikenali sebagai Ahmad, 28, berkata, dia terbabit dengan bengkel bakeri di pusat itu sejak empat bulan lalu.

“Apabila masuk ke pusat ini pada 3 April tahun lalu, saya dimaklumka­n kami boleh memilih mana-mana projek untuk disertai.

“Saya menyertai bengkel bakeri kerana tertarik belajar ilmu memasak memandangk­an saya pernah menjadi tukang masak sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Puspen Jelebu di sini, baru-baru ini.

Ahmad yang berasal dari Alor Setar, Kedah berkata, dia mengambil masa dua bulan bagi menguasai langkah menghasilk­an tart serta beberapa produk lain di bengkel berkenaan.

Katanya, sepanjang tempoh terbabit dalam bengkel itu, dia seronok kerana timbul rasa minat serta tunjuk ajar dari warden berpengala­man.

“Apatah lagi melihat diri serta rakan klien lain yang juga lelaki boleh belajar sehingga berjaya menghasilk­an tart serta produk lain yang lazimnya dimonopoli kaum wanita.

“Apa yang berlaku (berada di pusat pemulihan) ada hikmah untuk saya berubah kerana jika saya berada di luar belum tentu lagi saya luangkan masa untuk belajar ilmu ini.

“Disebabkan itu, saya berhasrat membuka perniagaan menjual tart sebaik dibebaskan pada 6 Julai tahun depan,” katanya yang mendedahka­n terjebak penagihan morfin pada 2017 untuk mendapatka­n Sementara itu, seorang lagi klien dikenali sebagai Badrul, 34, berkata, dia bangga apabila air tangannya menghasilk­an tart dinikmati ahli keluarga.

“Setiap kali ahli keluarga datang dari Kuala Terengganu, Terengganu untuk melawat saya pasti mereka beli tart. tenaga ketika bekerja.

“Mereka maklum tart kami amat sedap. Komen itu membuatkan saya bangga dan gembira kerana ahli keluarga merasa air tangan saya,” katanya.

Badrul yang pernah bekerja sebagai juru ukur berkata, dia mengambil inisiatif berjumpa penyelia bengkel bakeri bagi menyatakan hasrat menyertai bengkel berkenaan.

“Saya ambil masa lapan bulan selepas masuk ke sini pada 13 Mac 2023 untuk sertai bengkel kerana saya rasa mampu belajar ilmu baharu dalam hidup. “Walaupun permulaann­ya sukar, didorong minat, saya dapat menguasai proses menghasilk­an tart serta produk lain seperti kek dan biskut.

“Sebaik bebas, saya merancang fokus menjual tart sebelum meluaskan perniagaan dengan menjual produk lain,” katanya yang terbabit dengan penagihan methapheta­mine pada 2020 demi berhibur.

“Jika saya berada di luar belum tentu lagi saya luangkan masa untuk belajar Ahmad

 ?? ?? KLIEN Puspen Jelebu mempelajar­i ilmu membuat tart nanas di bengkel bakeri.
KLIEN Puspen Jelebu mempelajar­i ilmu membuat tart nanas di bengkel bakeri.
 ?? ?? AHMAD ketika ditemu bual wartawan Harian Metro.
AHMAD ketika ditemu bual wartawan Harian Metro.
 ?? ?? PUSPEN Jelebu memulakan penanaman nanas di kawasan berkeluasa­n 42 hektar pada 2014.
PUSPEN Jelebu memulakan penanaman nanas di kawasan berkeluasa­n 42 hektar pada 2014.
 ?? ?? Jelebu:
Jelebu:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia