Harian Metro

‘Berguru’ dengan atlet luar negara

-

Kuala Lumpur: Atlet bo- ling padang wanita, Aleena Nawawi mengakui dirinya berguru dengan atlet luar negara bagi memperting­katkan lagi kemahiran di dalam gelanggang terutama dari segi teknik ketika hari perlawanan.

Menurut Aleena, berguru yang dimaksudka­n itu adalah dengan menonton siaran langsung pertanding­an boling padang yang membabitka­n atlet terkenal di dalam acara berkenaan.

Jelasnya, dengan cara itu sedikit sebanyak dia dapat belajar pelbagai cara serta taktikal yang sering digunakan beberapa atlet luar negara itu.

“Saya ada tengok beberapa pertanding­an boling padang di YouTube untuk saya ingat balik teknik apa dalam perlawanan yang saya pernah buat dan cuba menggunaka­n kemahiran imaginasi sementara tiada latihan ketika ini.

“Saya tonton pertanding­an dari negara luar sebab mereka selalu buat siaran langsung di YouTube setiap kali ada kejohanan dan itu membantu diri saya.

“Saya banyak tengok perlawanan yang selalu ada pemain seperti Alex Marshall (Scotland), Aaron Teys (Australia). Saya suka mereka sebab mereka konsisten biarpun sudah berumur tetapi prestasi di dalam padang tetap tidak lari (seperti zaman muda),” katanya.

Selain itu, memandangk­an Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti

Malaysia (Masum) Fasa 2 akan berlangsun­g pada 6 hingga 12 Mei nanti, Aleena juga giat memperting­katkan kecergasan agar perkara itu tidak mengganggu permainann­ya nanti dan dia berharap boleh membantu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menang pingat emas.

“Macam saya, petang-petang sekarang saya ada saja buat senaman untuk memastikan kecergasan saya dapat dikekalkan supaya bila hari perlawanan nanti, saya tidak cepat penat atau mudah tercedera,” katanya.

Terdahulu, atlet kelahiran Perak itu berjaya mempamerka­n aksi terbaik di Kejohanan Boling Padang Asia di Pattaya, Thailand pada Mac lalu untuk menang emas dalam acara kuartet empat berpasukan wanita bersama Nur Ain Nabilah, Farah Ain dan Syafiqa Haidar.

Kemenangan itu juga membolehka­n Malaysia muncul selaku juara keseluruha­n bagi Kejohanan Asia 2024.

Saya tonton pertanding­an dari negara luar sebab mereka selalu buat siaran langsung di YouTube setiap kali ada kejohanan dan itu sedikit sebanyak membantu diri saya”

Aleena

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia