Harian Metro

Gesa operasi setiap minggu

Warga kota mohon pihak berkuasa tingkat rondaan kekang perniagaan haram warga asing

- Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid khairil@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Warga kota mahu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) meningkatk­an rondaan omnipresen­ce di lokasi panas sekitar ibu negara sebagai bagi mengekang warga asing menjalanka­n perniagaan secara haram yang merimaskan penduduk setempat.

Tinjauan di lokasi tumpuan seperti Jalan Silang, Kota Raya dan Chow Kit menunjukka­n masih ada warga asing dilihat menjalanka­n perniagaan di laluan awam termasuk kaki lima kedai.

Antara perniagaan yang dijalankan adalah menjual sirih, manisan, rokok, baju, air dan buah-buahan.

Pemandu teksi, Mohamad Nor Ibrahim, 59, mencadangk­an JIM membuat operasi setiap minggu dan meletakkan pondok khas di kawasan panas itu bagi membantera­s kegiatan warga asing.

“Setiap minggu kalau buat operasi di kawasan panas ini lagi baik. Patutnya hari raya pertama dan kedua mereka (pihak berkuasa) patut buat operasi kerana pada masa itu kawasan ini sangat ramai warga asing.

“Warga asing ini juga sudah semakin melampau. Sebagai contoh di Jalan Silang dan Kota Raya ini mereka berniaga di kaki lima macam tempat dia sendiri,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Seorang warga kota, R Ramasamy, 68, pula menyambut baik hasrat JIM yang mahu melaksanak­an rondaan omnipresen­ce secara berkala di lokasi hotspot sekitar ibu negara.

Katanya, dengan rondaan yang dilakukan itu pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas warga asing yang melakukan perkara menyalahi undang-undang.

“Pendatang asing pun akan takut kalau pihak berkuasa selalu buat rondaan. Kalau tidak buat rondaan, macam-macam perkara boleh jadi,” katanya.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya melaksanak­an rondaan omnipresen­ce secara berkala di lokasi hotspot sekitar ibu negara bagi memastikan kota raya itu selamat dan selesa didiami penduduk tempatan mahupun warga asing.

Wan Mohammed Saupee berkata, selain tindakan penguatkua­saan, elemen rondaan juga penting bagi memastikan orang ramai ‘merasai’ kehadiran pegawai JIM yang sentiasa memerhati.

Warga asing ini juga sudah semakin melampau. Sebagai contoh di Jalan Silang dan Kota Raya ini mereka berniaga di kaki lima macam tempat dia sendiri”

Mohamad Nor

 ?? ?? WARGA asing berniaga di Jalan Silang ketika tinjauan, semalam.
WARGA asing berniaga di Jalan Silang ketika tinjauan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia