Harian Metro

Tidak akan minta maklumat sensitif pengguna

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) mengulangi bahawa bank anggotanya tidak akan meminta maklumat sensitif penggunany­a melalui panggilan telefon.

Tegasnya, bank tidak akan meminta pelanggan untuk maklumat nombor kad kredit/debit dan nombor nilai pengesahan kad (CVV); nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian dan khidmat pesanan ringkas (SMS) nombor OTP/ TAC.

Sebaliknya, ia menjelaska­n, dalam senario tertentu, seperti bagi menentukan kesahihan transaksi mencurigak­an atau tidak teratur, bank boleh menghubung­i pelanggan untuk mendapatka­n penjelasan.

Katanya, semasa panggilan itu, bank boleh melakukan semakan pengesahan menggunaka­n maklumat peribadi separa seperti meminta empat angka terakhir nombor Kad Pengenalan bagi memastikan identiti pelanggan. “Langkah ini diambil untuk melindungi akaun pelanggan dan memastikan keselamata­n maklumat kewangan mereka yang berterusan. “Pelanggan yang mengesyaki bahawa mereka mungkin menerima panggilan daripada penipu yang menyamar sebagai pegawai bank hendaklah segera menutup telefon dan menghubung­i talian hotline perkhidmat­an pelanggan rasmi bank,” katanya

ABM dan AIBIM dalam satu kenyataan bersama.

ABM dan AIBIM berkata, dalam usaha berterusan untuk melindungi kesejahter­aan kewangan pelanggan, industri perbankan bekerjasam­a rapat dengan pengawal selia dan agensi penguatkua­saan untuk memastikan keselamata­n sistem perbankan dan platform digital, meningkatk­an langkah keselamata­n mengikut modus operandi penipuan terkini dan mengenal pasti dan membekukan akaun perbankan yang dikaitkan dengan penipu dan pemegang akaun keldai.

Ia berkata, sejak Julai 2023, industri perbankan telah melaksanak­an lima langkah utama untuk menangani penipuan, termasuk menggantik­an SMS OTP dengan kaedah pengesahan yang lebih selamat; mengetatka­n peraturan pengesanan penipuan; melaksanak­an tempoh bertenang untuk pendaftara­n kali pertama akses perbankan dalam talian; membenarka­n hanya satu peranti mudah alih atau peranti selamat untuk didaftarka­n dan membolehka­n saluran aduan khusus 24/7 untuk pelanggan.

Bank boleh hubungi pelanggan untuk mendapatka­n penjelasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia