Harian Metro

Parasit ular hidup dalam badan

- Kinshasa, Republik Congo

Seorang wanita Afrika menanggung bengkak mata selama dua tahun, yang akhirnya disahkan akibat sejenis parasit yang hidup dalam ular.

Doktor yang merawat pesakit berusia 28 tahun itu terpinga-pinga apabila mendapati benjolan berkenaan berisi sesuatu yang luar biasa.

Bengkak berkenaan bagaimanap­un tidak menyakitka­n namun wanita terbabit menyedari ia semakin besar sejak dua tahun lalu.

Dalam prosedur rawatan dilakukan, doktor berjaya mengeluark­an parasit menyerupai cacing sepanjang 1.27 sentimeter di sudut mata kiri wanita itu.

Selepas beberapa ujian, pesakit disahkan mengalami jangkitan mata jarang berlaku dipanggil pentastomi­asis okular, berpunca daripada parasit yang bertelur dalam ular.

Dikenali sebagai cacing lidah, ia boleh menular kepada manusia yang mempunyai hubungan rapat dengan ular yang dijangkiti atau jika mereka makan daging kurang masak.

Ketika ditanya, wanita berkenaan menafikan pernah mengendali­kan ular atau memakan daging reptilia itu.

Bagaimanap­un, dalam jurnal JAMA Opthalmolo­gy yang memuatkan kes itu, pakar menyatakan pesakit berkenaan sudah biasa makan daging buaya.

“Tiada kes jangkitan okular pernah dilaporkan pada individu yang makan daging buaya, tetapi buaya boleh dijangkiti pentastomi­d.

“Jadi, ada kemungkina­n jangkitan berlaku apabila wanita itu memakan daging buaya mengandung­i telur parasit.

“Daging ini juga mungkin tercemar melalui daging ular yang dijangkiti di pasar,” katanya.

Pentastomi­asis jangkitan jarang yang paling biasa berlaku di Afrika, Malaysia dan Timur Tengah.

 ?? ?? PARASIT ular ditemui pada mata seorang wanita Afrika. FOTO JAMA Network
PARASIT ular ditemui pada mata seorang wanita Afrika. FOTO JAMA Network

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia