Harian Metro

Pemain di fasa terbaik

- Oleh Amirul Fazli Zulkafli sukan@hmetro.com.my

Skuad bimbingan Juan Torres Garrido kini berada pada fasa terbaik dan bersedia untuk menghadapi kempen Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Qatar dengan membuka tirai menentang Uzbekistan, Rabu ini.

Pengurus skuad B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, setakat ini segala perancanga­n dilakukan jurulatih serta pihak pengurusan berjalan lancar dan semangat pemain semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Tambahnya, beberapa hari sebelum perlawanan pertama nanti, pemain serta jurulatih akan menggunaka­n masa yang ada dengan sebaik mungkin untuk menyediaka­n pasukan dalam segenap segi.

“Ketika ini mood pemain sangat positif dan keserasian semakin baik di dalam pasukan. Malah taktikal (yang diterapkan Garrido), mereka semakin faham serta boleh ikut rentak (apa yang

“Baru-baru ini kita bagi mereka rehat dua hari dan itu sangat bagus untuk moral pemain. Beberapa hari sebelum perlawanan pertama 17 April ini, pemain akan terus berusaha bersungguh-sungguh di dalam latihan sebelum perlawanan itu nanti.

“Saya lihat mentaliti mereka sudah bersedia untuk menghadapi hari perlawanan diinginkan jurulatih). nanti dan keyakinan mereka sangat tinggi serta tidak gentar untuk berhadapan dengan lawan,” katanya.

Skuad B-23 negara dijadual menentang Uzbekistan pada aksi pertama Kumpulan D di Stadium Antarabang­sa Khalifa pada Rabu ini.

Selepas itu, Vietnam bakal menanti anak buah Garrido di venue sama tiga hari kemudian sebelum menutup kempen peringkat kumpulan dengan menentang April di

Dua pasukan terbaik daripada empat kumpulan akan mara ke suku akhir dengan tiga pasukan terbaik kejohanan bakal menempah tiket ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.

Manakala, pasukan di tangga keempat akan mengharung­i aksi playoff bertemu Guinea dari benua Afrika untuk mencuri slot terakhir ke Paris 2024.

Kuwait pada 23 Stadium Al Janoub.

 ?? ?? SKUAD B-23 negara menyambut Aidilfitri di Kedutaan Malaysia di Doha, Qatar. - Gambar ihsan Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
PERSIAPAN skuad B-23 negara kendalian Juan Torres Garrido diteruskan dengan sesi latihan di Al Ersal, Doha.
SKUAD B-23 negara menyambut Aidilfitri di Kedutaan Malaysia di Doha, Qatar. - Gambar ihsan Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) PERSIAPAN skuad B-23 negara kendalian Juan Torres Garrido diteruskan dengan sesi latihan di Al Ersal, Doha.
 ?? ?? SKUAD Sri Pahang FC menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi dua kelab dari Singapura. - Gambar ihsan Sri Pahang FC
SKUAD Sri Pahang FC menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi dua kelab dari Singapura. - Gambar ihsan Sri Pahang FC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia