Harian Metro

Dijel curi mi segera

Lelaki dipenjara 3 hari, denda RM300 dek mencuri di kantin

- Kuala Lumpur

Seorang pembantu jualan dipenjara tiga hari dan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mencuri empat kotak minuman Extra Joss dan dua peket mi segera Maggie perisa kari di sebuah kantin, semalam.

Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ady Putra Mustaen, 28, selepas mengaku bersalah mencuri barang bernilai anggaran RM140 di kantin WCT Sdn Bhd Constructi­on Store di Dang

Wangi pada 8 malam, 14 April.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda serta bagi kesalahan kedua boleh dikenakan hukuman penjara dan denda atau sebat.

Mahkamah turut memerintah­kan penjual tudung dan telekung itu menjalani hukuman penjara bermula semalam dan akan dipenjara sembilan hari jika gagal membayar denda.

Timbalan

Pendakwa Raya (TPR) Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran namun Ady Putra yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum atas alasan mempunyai tanggungan keluarga termasuk menjaga ibu yang sakit. Dalam kes berasingan, majistret sama menjatuhka­n hukuman denda RM900 atau penjara dua minggu terhadap Nazirul Amshar Abdul Razak, 36, setelah gagal memberikan penjelasan bagaimana wang RM18,150 berada dalam akaun CIMB miliknya.

Wang itu disyaki dicuri atau diperoleh daripada seorang wanita di Jalan Mega Mendung, Brickfield­s pada 23 Mac 2021.

Lelaki itu dituduh mengikut Subseksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang berdepan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara maksmimum setahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalik­an TPR sama manakala tertuduh diwakili peguam CH Low.

Lelaki mengaku bersalah mencuri barang bernilai anggaran RM140 di kantin WCT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia