Harian Metro

HIDUP TIDAK BERAKHIR SELEPAS USIA 60 TAHUN!

- Kuala Lumpur

Sekalipun sudah bersara selepas 40 tahun bekerja, Vijay Nadarajah, 61, begitu ingin kembali ke alam pekerjaan. Dia pulang ke Malaysia hampir dua tahun lalu selepas menghabisk­an 18 tahun di luar negara seperti Indonesia, Oman dan Pakistan ketika bekerja untuk syarikat pengurusan pelabuhan antarabang­sa berpangkal­an di Hong Kong.

Sama seperti Malaysia, dasar syarikatny­a menuntut dia bersara apabila berusia 60 tahun. Enam bulan pertama selepas persaraan, dihabiskan dengan melawat anak perempuan kembarnya di Kanada, bersama-sama isteri. Namun sebaik kembali ke rumahnya di Shah Alam, Selangor, dia tidak mahu menghabisk­an masa dengan bermain golf dan melancong.

“Saya faham (syarikat saya dulu) ada dasar (bersara wajib pada usia 60 tahun). Akan tetapi, saya rasa masih ada kemampuan bekerja, lebih-lebih lagi sekarang,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, dia mula mencari pekerjaan dan memohon apa sahaja jawatan yang dirasakan bagus. Dia juga mendaftar dengan agensi pencari pekerjaan, mengikuti kelas bagi menambah baik kemahiran selain memastikan dia seiring dengan perkembang­an semasa. Dia turut mendaftar dengan portal pencari pekerjaan yang menghubung­kan warga emas dengan majikan berpotensi.

Seperti kebanyakan mereka yang seusia dengannya, Vijay berasa belum bersedia untuk ‘direhatkan’, mengumpama­kan umur 60-an itu seperti 50-an. Kemajuan sistem penjagaan kesihatan dan peningkata­n taraf hidup membolehka­n rakyat Malaysia lanjut usia dengan kesihatan yang lebih baik. Ditambah pula dengan penurunan kadar kelahiran, pasaran buruh Malaysia tidak lagi didominasi oleh mereka yang berusia 20-an.

Walaupun begitu, tidak banyak tumpuan diberikan kepada usaha membantu pesara mendapatka­n pekerjaan, kecuali segelintir firma seperti HireSenior­s, portal penempatan pekerjaan bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas dan syarikat berkaitan kerajaan Talent Corporatio­n Malaysia Berhad (TalentCorp).

Malaysia mencapai status negara menua pada 2021 dengan tujuh peratus daripada populasi berusia 65 tahun dan ke atas, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM). Menjelang 2030, angka itu dijangka mencecah lebih 14 peratus, menjadikan Malaysia negara tua. Persekutua­n Majikan Malaysia (MEF) berkata, diunjurkan menjelang 2040, warga yang berusia 60 tahun ke atas adalah seramai 7.3 juta orang.

Menurut DoSM, mereka yang baru berusia 60 tahun dijangka boleh hidup selama lebih sedekad lagi, iaitu 18.2 tahun bagi lelaki dan 20.9 tahun untuk wanita. Pada masa sama, kadar kesuburan juga menurun,

iaitu 1.6 anak bagi seorang wanita pada 2023. Pakar ekonomi berkata, bagi menggantik­an tenaga kerja semasa, Malaysia memerlukan kadar kelahiran 2.1. Untuk menampung kekurangan itu, kemungkina­n besar mereka yang sudah berusia masih perlu berada dalam pasaran buruh bagi tempoh lebih lama.

“Masyarakat mengakui kita sedang menjadi masyarakat tua, justeru, kami sebagai majikan perlu lebih terbuka dan akur kita perlu bergantung pada warga emas,” kata Siew Eng, Pengarah Sumber Manusia HireSenior­s.

“Oleh itu, majikan tidak seharusnya ketepikan idea mengambil warga emas kerana saya fikir orang lama menawarkan (sumbangan berdasarka­n) pengalaman luas.”

Walaupun menerima hakikat umur purata tenaga kerja pada masa depan adalah lebih tua, tidak banyak yang dibuat tentang peuntuk luang p erjaan golongan berusia. Sebaliknya, kebanyakan perbincang­an bertumpu pada usaha men ah baik dan meudahan at n serta peragaan kesihatan tn tuk p rsaraan.

as kepentinga­n id an b gi menghuemas a dengan peak dan kalau ad atau masih w ga id . ag

contoh, Tayang terletak h Kementeria­n anusia memerapa progk membantu as Malaysia pekerjaan seer Comeback me buat gospatriat yang nah air. ai Eksekutif ntCorp Thokata, kerajaan ara aktif daka Tindakan gsaan (NAB) n siap pada rangka kerja untuk medan cabaran warga tua. i, TalentCorp proaktif sejak memastikan mendapat pemenyumba­ng secara bermakna kepada negara. Walaupun dalam skala kecil, ini langkah pertama dalam mengubah masa depan dan menyediaka­n keperluan ekonomi mereka,” katanya.

Tahun ini, TalentCorp bekerjasam­a dengan Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera yang membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia mendapat pekerjaan selepas menamatkan khidmat dengan pasukan itu.

Bagi HireSenior­s, Siew Eng berkata, beliau percaya mereka satu-satunya portal pengambila­n pekerja khusus untuk warga emas buat masa ini namun perkhidmat­an mereka hanya di Lembah Klang.

Mengakui orang tua akan menjadi sebahagian besar daripada tenaga kerja pada masa depan, namun peluang pekerjaan untuk mereka sangat kurang, dan ini mungkin ada kaitan dengan diskrimina­si umur serta tanggapan bahawa orang tua sudah tidak ada kegunaan lagi.

Pakar memberitah­u Bernama bahawa ageisme atau diskrimina­si umur berleluasa dalam pasaran kerja Malaysia. Mereka berkata, banyak syarikat meletakkan had umur semasa mengambil pekerja, seperti mengetepik­an calon yang berumur 40 tahun ke atas.

Naib Presiden MEF Farid Basir berkata, hal itu amat merugikan kerana ramai pesara dan warga emas mempunyai pengalaman

“Kami sebagai majikan perlu terbuka dan akur kita perlu bergantung pada warga emas”

luas yang boleh dikongsika­n dengan generasi muda serta membantu dalam perpindaha­n pengetahua­n.

“Dengan membiarkan mereka berada lebih lama dalam pasaran buruh di Malaysia, kita boleh kekalkan kemahiran dan halang wujudnya jurang pengetahua­n yang mungkin terjadi akibat persaraan besar-besaran,” katanya.

Kajian dijalankan Institut Penyelidik­an Penuaan Malaysia (MyAgeing) Universiti Putra Malaysia mendapati banyak syarikat keberatan mengambil warga emas dengan sesetengah iklan pekerjaan kerap kali mengecuali­kan calon berusia 40 tahun ke atas.

Ketua Program Gerontolog­i Perubatan MyAgeing Prof Dr Chan Yoke Mun berkata, amat penting diwujudkan persekitar­an yang menyokong bagi membantu warga emas melanjutka­n tempoh bekerja mereka seperti melaksanak­an aturan kerja anjal dan dasar yang dapat mengekang amalan diskrimina­si umur.

Satu cara yang boleh dilakukan ialah mensyaratk­an warga emas dan generasi lebih muda mengikuti latihan pendidikan tentang memupuk amalan inklusif usia.

“Adalah amat penting untuk memastikan peralihan kepada tenaga kerja menua berjalan lancar dan memaksimum­kan sumbangan berpotensi oleh semua kumpulan usia,” tambah beliau.

Walaupun Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus tentang diskrimina­si umur, perundanga­n buruh sedia ada iaitu Akta Perhubunga­n Perusahaan 1967 dan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 memastikan pekerja mempunyai jaminan pekerjaan.

Vijay yang memberitah­u Bernama dia turut berdepan diskrimina­si usia ketika mencari pekerjaan, berkata dia tidak menerima sebarang maklum balas daripada syarikat apabila dia memohon sendiri. Dia kemudian menggunaka­n khidmat headhunter atau perekrut eksekutif untuk membantuny­a mendapatka­n pekerjaan.

“Perekrut eksekutif mengakui amat sukar untuk seseorang sebaya saya mendapat pekerjaan kerana syarikat lazimnya mencari pemohon yang lebih muda,” kongsinya.

Siew Eng berkata, mujur ada sesetengah syarikat lebih suka menggaji warga emas dalam kapasiti tertentu seperti perunding atau pemandu. Warga emas bukan sahaja mempunyai banyak pengalaman tetapi juga lebih stabil dan boleh dipercayai, kurang kemungkina­n mengambil cuti kerana kecemasan keluarga serta tidak begitu peduli tentang persaingan di tempat kerja.

Walaupun begitu, ada beberapa pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh warga emas seperti kerja berat, dan suka atau tidak, mereka lebih kerap menghadapi masalah kesihatan berbanding rakan sekerja yang lebih muda.

Selain faedah kepada ekonomi, bekerja juga membantu warga emas menjadi lebih sihat, terutama dari segi mental.

“Dari perspektif sumber manusia, bekerja memberikan kesan positif terhadap kesihatan mental dan fizikal, kerana keadaan itu memberikan seseorang hala tuju, interaksi sosial dan rasa terangkum. Dapat tak bayangkan perasaan terasing yang akan dilalui jika anda hanya memerap di rumah?” soal Farid yang juga Ketua Pegawai Modal Insan MBSB Bank Berhad.

Tambah beliau, umur persaraan wajib perlu dan kemungkina­n besar, dinaikkan selaras dengan perubahan demografik, namun katanya, terpulang kepada pekerja sama ada mahu terus bekerja ataupun tidak.

Dr Chan berkata, bekerja selepas umur persaraan boleh memberikan faedah ketara kepada pekerja dan masyarakat.

“Dari perspektif kesihatan, kajian terdahulu mendapati peralihan daripada bekerja kepada bersara boleh membawa kepada penguranga­n rangsangan kognitif yang mungkin mempunyai kesan kemerosota­n ke atas kesihatan kognitif seseorang dan menunjukka­n peningkata­n risiko demensia. Oleh itu, kekal bekerja dan bersara lebih lewat dari usia persaraan boleh mengurangk­an risiko demensia,” katanya.

Tambah beliau, ini akan membantu mengurangk­an kos penjagaan kesihatan kerajaan kerana warga emas masih mampu meraih pendapatan dan membayar kos perubatan mereka.

Bekerja selepas usia persaraan memberikan peluang kepada warga emas menambah simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangk­an tidak ramai rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung kehidupan pada usia senja.

Pada Mac lepas, KWSP dilapor berkata, hanya 33 peratus daripada pencarumny­a ada simpanan RM240,000 iaitu jumlah diperlukan untuk bersara dengan selesa. Setakat Disember 2023, KWSP ada 16.07 juta pencarum.

“Perekrut eksekutif mengakui, amat sukar untuk seseorang sebaya saya mendapat pekerjaan kerana syarikat lazimnya mencari pemohon yang lebih muda”

Bagaimanap­un pakar mengingatk­an bahawa bekerja selepas usia persaraan bukan untuk semua warga emas. Bagi sesetengah mereka, kekal bekerja membuatkan hidup mereka lebih bermakna sementara yang lain pula lebih sesuai bersara dan menghabisk­an masa dengan melancong.

Dr Chan berkata, persaraan awal tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang negatif dan memberi impak kepada status kesihatan seseorang. Mereka yang merancang lebih awal sebelum persaraan selalunya mempunyai lebih banyak peluang meningkatk­an keterlibat­an sosial mereka.

“Mereka boleh luangkan lebih banyak masa bersama keluarga serta melakukan aktiviti yang tidak dapat mereka lakukan semasa usia bekerja sebelum ini. Hasilnya, mereka akan menua secara aktif dan mengekalka­n gaya hidup yang sihat,” katanya.

Vijay boleh mengesahka­n manfaat sebagai warga emas bekerja.

Selepas 10 bulan mencari pekerjaan, dia diterima bekerja dalam bidang sumber manusia oleh Genashtim, sebuah syarikat

“Warga emas bukan sahaja mempunyai banyak pengalaman tetapi juga lebih stabil dan boleh dipercayai, kurang kemungkina­n mengambil cuti kerana kecemasan keluarga”

multinasio­nal berkaitan dengan komuniti terpinggir dan menumpukan pada e-pembelajar­an, pendigital­an serta perkhidmat­an berkaitan pendidikan, sosial dan tadbir urus.

Vijay puas hati dengan kehidupann­ya dan berhasrat menyumbang sebanyak mungkin selagi terdaya. Satu-satunya perkara perlu ‘direhatkan’ adalah idea bahawa kehidupan berakhir selepas berusia 60 tahun.

“Tidak semestinya anda perlu berehat hanya kerana anda mencecah usia 70 tahun. Bagi saya, itu semua bergantung pada individu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia