Harian Metro

Dah ‘sebelah kaki’ ke Paris

Tiga pelumba trek negara secara tidak rasmi layak bertanding di Sukan Olimpik

- Oleh Amirul Fazli Zulkafli sukan@hmetro.com.my

Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memaklumka­n tiga pelumba berbasikal trek negara secara tidak rasmi sudah layak bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam acara keirin dan pecut. Pemangku Timbalan Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, mereka diketuai Datuk Azizulhasn­i Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta pelumba trek wanita, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang juga sebelah kaki akan ke temasya itu.

Beliau berkata, ia berikutan Nurul Izzah tampil cemerlang ketika di Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) di Milton, Kanada, kelmarin. “Secara tidak rasmi, Azizulhasn­i dan Muhammad Shah Firdaus sudah layak ke Paris untuk kedua-dua acara keirin dan pecut.

“Kita ada pelumba trek wanita, Nurul Izzah Izzati secara tidak rasmi akan bertanding di Paris 2024 dalam acara keirin dan pecut selepas dia menampilka­n aksi cemerlang di UCI di Milton, Kanada pada 14 April lalu,” katanya.

Bagaimanap­un, Amarjit memaklumka­n Jawatankua­sa Olimpik Kebangsaan (NOC) akan mengeluark­an keputusan rasmi senarai nama pelumba bakal bertanding di temasya terbesar dunia itu pada 22 April ini.

Berdasarka­n prestasiny­a, Azizulhasn­i menjadi antara sandaran utama Malaysia untuk menamatkan kemarau pingat emas di Sukan Olimpik nanti.

Nurul Izzah pula pelumba muda sedang meningkat naik dan semakin menjadi bualan sehingga diberi jolokan The Pocket Rocketwoma­n.

Malah, dia sebelum ini memenangi dua pingat emas dalam acara keirin dan 500 meter (m) ujian masa di Kejohanan Berbasikal

Trek

Asia (ACC)

2024 di New

Delhi, India,

Februari lalu.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia mempunyai wakil wanita dalam berbasikal trek di pentas Olimpik adalah menerusi Fatehah Mustapa yang beraksi pada edisi 2016 di Rio de Janeiro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia