Harian Metro

Gerai Nasi Tomato Batu Lancang musnah dijilat api

-

Georgetown: Gerai Nasi Tomato Batu Lancang yang popular sejak 35 tahun lalu adalah antara dua gerai yang musnah dalam kebakaran di Flat Taman Seri Damai, Jelutong, di sini, semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fairol Mahazi Malek berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.37 pagi.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitka­n dua unit gerai dalam kawasan flat berkenaan.

“Kebakaran membabitka­n kemusnahan sehingga 70 peratus dan dua motosikal yang diparkir berhampira­n turut terjejas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut Fairol Mahazi berkata, berikutan kejadian berlaku di kawasan perumahan, pihaknya berdepan dengan masalah trafik dan ruang parkir.

“Penugasan pemadaman api dan size up mengambil masa kira-kira 20 minit bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

“Kejadian tidak membabitka­n mangsa dan operasi tamat pada jam 11.47 pagi,” katanya lagi.

Sementara itu pemilik gerai, Mohamad Tajularus Abdul Wahab, 41, berkata, dia dihubungi pekerjanya yang memaklumka­n mengenai kejadian jam 10 pagi.

Katanya, ketika itu hanya terdapat dua pekerja di gerai yang memunggah barangan jualan sebelum menyedari kebakaran.

“Ketika kejadian, saya berada di rumah sebelum dihubungi pekerja dan api kira-kira dikatakan merebak pantas, turut membakar gerai kosong di sebelah gerai saya.

“Gerai nasi tomato ini beroperasi pada waktu malam saja dan baru dibuka semula semalam selepas cuti Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Mengulas lanjut Mohamad Tajularus berkata, dia menganggar­kan kerugian sehingga RM300,000 berikutan terdapat banyak perkakas dan peralatan yang baharu dibeli.

“Dipercayai kejadian berlaku akibat litar pintas dan saya belum ada perancanga­n lain kerana masih buntu.

“Biasanya pada waktu cuti perayaan begini, kami terima kunjungan pengunjung luar biasa dan semalam (kelmarin), kira-kira lebih 500 pelanggan menikmati hidangan di sini,” katanya.

Hadir sama di lokasi bagi meninjau kejadian ialah Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Mohammad Farouk Abdul Rahman.

“Kita sudah melakukan tinjauan dan mengambil maklum mengenai kejadian, jadi tindakan susulan akan diputuskan kemudian,” katanya.

Kebakaran membabitka­n kemusnahan sehingga 70 peratus”

Fairol Mahazi

 ?? ?? DUA gerai termasuk gerai di Flat Taman Seri Jelutong musnah dalam kebakaran, semalam.
DUA gerai termasuk gerai di Flat Taman Seri Jelutong musnah dalam kebakaran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia