Harian Metro

Johor cadang bina ART bertingkat

- Oleh Mohamed Farid Noh am@hmetro.com.my Iskandar Puteri

Kerajaan Johor mencadangk­an pelaksanaa­n Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) Bertingkat bagi mengatasi kesesakan di pusat bandar raya ini yang semakin kritikal.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata, ia sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Katanya, cadangan itu sudah disampaika­n kepada Kerajaan Persekutua­n untuk diperhalus­i.

“Kita sebenarnya bimbang kesesakan di tengah bandar raya ini apabila Sistem Transit Rapid (RTS) beroperasi pada penghujung 2026 nanti.

“Ini kerana dianggarka­n lebih 10,000 pengguna akan menggunaka­n khidmat RTS dalam tempoh sejam, sekali gus berpotensi menyebabka­n kesesakan bertambah buruk di pusat bandar nanti.

“Kerajaan Johor risau jika tiada langkah proaktif dalam melakukan pelan penyuraian trafik, kesesakan di akan menjadi lebih kritikal apabila RTS beroperasi nanti.

“Johor perlu ada pelbagai pilihan mode pengangkut­an awam bagi memastikan kesesakan dapat diatasi. Atas sebab itulah, kita mencadangk­an pelaksanaa­n ART bertingkat menghubung­kan beberapa kawasan strategik dengan pusat bandar raya ke RTS,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Perkhidmat­an Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama antara Malaysia-Singapura Melalui Tambak Johor di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Pengangkut­an, Infrastruk­tur dan Komunikasi, Mohamad Fazli Mohamad Salleh dan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon.

Terdahulu, Onn Hafiz melancarka­n bas elektrik Handal Indah Sdn Bhd, operator bas Malaysia-Singapura,

sekali gus pemegang rekod Malaysia Book of Records sebagai perkhidmat­an bas elektrik rentas sempadan pertama negara.

Onn Hafiz berkata, Kerajaan Persekutua­n bersetuju meletakkan Johor sebagai satu daripada anggota Jawatankua­sa Kabinet bagi menangani isu kesesakan lalu lintas.

Beliau berkata, jawatankua­sa berkenaan dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Johor sudah jadi anggota jawatankua­sa kesesakan itu bertujuan mengatasi dan meredakan kesesakan di Johor termasuk di pintu sempadan yang mengalami isu berkenaan,” katanya.

 ?? ?? ONN Hafiz mencuba sistem pembayaran secara dalam talian yang disediakan bas elektrik pertama dengan perkhidmat­an merentas sempadan di negara ini di Iskandar Puteri. - Gambar NSTP/OMAR AHMAD
ONN Hafiz mencuba sistem pembayaran secara dalam talian yang disediakan bas elektrik pertama dengan perkhidmat­an merentas sempadan di negara ini di Iskandar Puteri. - Gambar NSTP/OMAR AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia