Harian Metro

Zii Jia tak sertai kem...

Pemain ranking ke-11 dunia itu berlatih berasingan bagi persiapan kempen Piala Thomas

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Pemain perseorang­an profesiona­l lelaki negara, Lee Zii Jia tidak akan menyertai kem latihan pusat skuad negara selama seminggu di Akademi Badminton Malaysia (ABM) bermula hari ini untuk persiapan kempen Piala Thomas yang berlangsun­g di Chengdu, China dari 28 April hingga 5 Mei ini.

TeamLZJ dalam satu kenyataan berkata, Zii Jia sudah memulakan latihan secara sendiri bermula kelmarin, iaitu sebaik sahaja pulang daripada menyertai Kejohanan Badminton Asia (BAC).

Kenyataan itu memaklumka­n, Zii Jia akan menyertai skuad Piala Thomas negara apabila mereka bersama-sama terbang ke Chengdu pada 24 April ini.

“Program latihan dan segala yang diatur oleh Pengarah Kejurulati­han TeamLZJ, Wong Tat Meng akan mempersiap­kan Zii Jia untuk mempamer aksi terbaiknya pada saingan Piala Thomas dan juga mengekalka­n prestasi semasanya bagi lima lagi kejohanan akan datang selepas ini.

“Program latihan ini, yang dilakukan berasingan daripada pasukan Piala Thomas, sudah dibincangk­an bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan disokong oleh Pengarah Kejurulati­han, Rexy Mainaky dan Ketua Pentadbira­n, Michelle

Chai.

“Kami berterima kasih kepada BAM, Rexy dan Michelle kerana memahami dan mempercaya­i kami untuk menguruska­n rancangan latihan dalam jadual kejohanan yang padat menjelang temasya Sukan Olimpik.”Zii Jia tidak sabar untuk menyertai skuad pada 24 April ini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu teka-teki sama ada Zii Jia akan bersama skuad negara atau tidak di Piala Thomas akhirnya terlerai apabila dirinya disenaraik­an bagi menggalas cabaran Malaysia di China nanti.

Michelle mengesahka­n Zii Jia yang menghuni ranking ke-11 dunia akan menerima bayaran pampasan bagi menyarung jersi negara dalam setiap perlawanan disertainy­a sepanjang kempen Piala Thomas di Chengdu.

Selain Zii

Jia, pemain perseorang­an lelaki negara turut dibarisi oleh

Ng Tze

Yong,

Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh.

Bagi acara beregu lelaki, beregu negara yang kini berada di ranking ke lima dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan membawa cabaran utama sambil dibantu oleh Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan Muhammad Haikal Nazri.

 ?? ??
 ?? ?? TZE Yong perlu menjalani MRI serta bertemu doktor yang merawatnya.
TZE Yong perlu menjalani MRI serta bertemu doktor yang merawatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia