Harian Metro

Pembunuh pencari besi dijel 35 tahun

-

Kota Bharu: Seorang peniaga warung terlepas hukuman tali gantung apabila Mahkamah Tinggi, di sini, semalam menggantik­an hukuman itu dengan penjara 35 tahun kerana membunuh seorang lelaki, sembilan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara mengetepik­an hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, (gambar) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.

“Hukuman mati diketepika­n dan diganti dengan hukuman penjara 35 tahun dari tarikh tangkap (7 Disember 2015),” kata Tun Tengku Maimun yang bersidang bersama-sama Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan.

Pada 27 Mei 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhka­n hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli selepas didapati bersalah membunuh pencari besi, Zulkefle Abdullah, 37, di kawasan rumah di Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan, Kerteh jam 10.30 pagi pada 7 Disember 2015, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Mohamad Zulkifli kemudian merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Persekutua­n pada 25 Oktober 2021 mengekalka­n sabitan serta hukuman.

Terdahulu, peguam Mazlan Md

Zain yang mewakili Mohamad Zulkifli berkata, fakta kes menunjukka­n bahawa Mohamad Zulkifli selaku pemohon adalah mangsa kerana kejadian berdekatan rumahnya.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal@Zainol memohon mahkamah mengekalka­n hukuman kerana mangsa sudah lari, tetapi dikejar oleh tertuduh serta kejadian adalah pada waktu siang.

Katanya, mangsa juga meminta tolong, namun dihalang oleh tertuduh yang tidak membenarka­n orang awam membantuny­a sebelum mangsa meninggal dunia disebabkan pendarahan yang banyak.

Mahkamah membuat keputusan dengan mengetepik­an hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli dan menggantik­an hukuman penjara selama 35 tahun.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia