Harian Metro

Harapan palsu gaji RM10,000 sebulan

Lelaki ‘diculik’ sindiket penipuan dedah penyeksaan di Myanmar

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my Petaling Jaya

Diseksa dengan alat renjatan elektrik, dipukul, dipaksa berjemur di bawah matahari terik dan diarah berlari tanpa henti.

Itu penderitaa­n dialami mangsa pemerdagan­gan manusia yang dikurung sindiket penipuan selain dipaksa bekerja tanpa bayaran selama dua tahun, sebelum berjaya diselamatk­an dan dibawa pulang ke Malaysia pada bulan lalu.

Mangsa yang mahu dikenali Ah-Huat, 29, mendakwa menjadi hamba kepada sindiket penipuan itu selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan luar negara dengan gaji lumayan.

Menurut lelaki berasal dari Johor itu, semuanya bermula pada 2022 apabila dia tertarik dengan iklan pekerjaan dalam bidang teknologi maklumat (IT) yang menawarkan gaji antara RM8,000 hingga RM10,000 sebulan.

“Saya menjalani temu duga pekerjaan menerusi panggilan video sebelum diberitahu berjaya dan perlu melapor diri di Bangkok, Thailand.

“Mereka turut menyediaka­n tiket penerbanga­n kepada saya. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Don Mueang, Thailand, saya diiring dua lelaki warga Myanmar yang bersenjata dan diarah menaiki kenderaan dipandu seorang lelaki warga tempatan.

“Pasport dan telefon bimbit saya dirampas, lalu saya terus dibawa ke sempadan Thailand-Myanmar.

“Saya kemudianny­a dibawa menyeberan­g sungai masuk ke Myanmar sebelum tiba di lokasi pekerjaan di Myawaddy,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Cabang Keadilan Segambut, Deric Teh dan Pegawai Perhubunga­n Awam Pertubuhan Kemanusiaa­n Malaysia (MHO), Daniel Khoo. Bercerita lanjut, Ah Huat berkata, dia diberikan sebuah telefon bimbit dan senarai nombor telefon untuk dihubungi serta perlu mencapai jumlah sasaran mangsa yang ditetapkan oleh pengurus setiap hari. Katanya, jika gagal mencapai sasaran ditetapkan mereka dipaksa bekerja tanpa henti sehingga dia sendiri pernah bekerja 72 jam tanpa rehat.

“Sekiranya ada antara kami tertidur semasa bekerja, pasti kami akan diseksa dan didenda dengan berdiri di bawah matahari, mengangkat batu serta berlari tanpa henti.

“Saya pernah cuba lari tetapi tak berhasil. Saya diarah bayar tebusan kira-kira RM240,000 jika mahu dibebaskan,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, dia berjaya menghubung­i keluargany­a dan minta untuk diselamatk­an ketika dia dibawa sindiket ke Kemboja pada Januari lalu.

Ah Huat berkata, keluarga kemudianny­a meminta bantuan kerajaan dan MHO sebelum akhirnya diselamatk­an dengan dibawa pulang ke Malaysia pada bulan lalu.

Sementara itu, Daniel berharap kerajaan mengambil tindakan lebih tegas bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa pemerdagan­gan manusia.

“Saya diarah bayar tebusan kira-kira RM240,000 jika mahu bebas Ah-Huat

 ?? ?? AH-HUAT (tengah) bersama Deric (kiri) dan Daniel menunjukka­n iklan pekerjaan di media sosial oleh sindiket penipuan.
AH-HUAT (tengah) bersama Deric (kiri) dan Daniel menunjukka­n iklan pekerjaan di media sosial oleh sindiket penipuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia