Harian Metro

‘Nak balik rumah, ayah sakit’

Hakim arah tukang cuci berdepan tuduhan amang seksual murid tahun 1 jalani ujian psikiatri

- Muar Oleh Alias Abd Rani am@hmetro.com.my

Mahkamah Seksyen di sini semalam, mengarahka­n tukang cuci yang berdepan pertuduhan amang seksual fizikal terhadap murid tahun satu dalam tandas sebuah sekolah kebangsaan di Kluang, menjalani pemeriksaa­n psikiatri.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan pihak pendakwaan yang mahu tertuduh, Mohamad Zahiruddin Abdul, 31, menjalani ujian itu di Hospital Permai, Johor Bahru.

Ini kerana, ketika pertuduhan dibacakan tertuduh beberapa kali mengeluark­an kata-kata ‘nak balik rumah, ayah sakit’, membuatkan prosiding semalam hampir tergendala.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap murid tahun satu dalam tandas lelaki di sebuah sekolah di Taman Sri Kluang, Kluang, antara jam 11.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari pada 4 April 2018.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan

Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

Namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh sejurus pertuduhan itu dibaca oleh jurubahasa.

Berdasarka­n laporanman­gsa, kejadian berlaku ketika tertuduh membantu mangsa membuang air kecil dalam tandas.

Tertuduh mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan itu menyebabka­n mangsa berasa takut lalu lari ke kelas dalam keadaan menangis.

Berikutan daripada itu, ibu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sebelum tertuduh ditahan pada jam 4 petang, 9 April 2018.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan semula kes selain status laporan psikiatrik daripada Hospital Tampoi.

 ?? ?? MOHAMAD Zahiruddin diarah menjalani pemeriksaa­n psikiatri di Hospital Permai, Johor Bahru.
MOHAMAD Zahiruddin diarah menjalani pemeriksaa­n psikiatri di Hospital Permai, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia