Harian Metro

‘Identiti calon tak mewakili kepartian’

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Perpaduan sudah mempunyai calon yang akan mewakili mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Bharu, 11 Mei nanti.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, senarai calon itu akan dibentangk­an kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Mesyuarat Majlis Perundinga­n Kerajaan Perpaduan.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai jumlah calon yang dikenalpas­ti sebelum ia diputuskan pimpinan tertinggi.

“Kita mahu identiti calon itu tidak mewakili kepartian tetapi lebih menyeluruh mewakili Kerajaan Perpaduan.

“Sebab kalau kita letakkan calon mewakili Kerajaan Perpaduan, ia akan menghasilk­an tanggungja­wab bersama yang lebih kuat untuk mendorong kerja jentera kita nanti berbanding kalau kita letak identiti kepartian.

“Kita hendak bawa adalah kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan. Jadi kita tidak menamakan sebab ini bukan dalam bidang kuasa kita, kuasa di peringkat kepemimpin­an tertinggi parti,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat Sekretaria­t Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi membincang­kan persediaan PRK Kuala Kubu Bharu.

Turut menyertai mesyuarat itu antaranya Ketua Sekreteria­t Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Majlis Kerja

Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil dan Setiausaha Organisasi Kebangsaaa­n DAP, Steven Sim hadir sama pada mesyuarat itu.

PRK Dun Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandang­nya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Dun Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dengan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

 ?? ?? SAIFUDDIN
SAIFUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia