Harian Metro

KEKAL PROSPEK POSITIF

Sektor penerbanga­n dijangka tak terjejas dengan ketegangan Timur Tengah, kos bahan api

-

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalka­n prospek positif terhadap sektor penerbanga­n meskipun ketegangan meningkat di Timur Tengah, trafik penumpang yang berpotensi terjejas di rantau itu dan kos bahan api jet yang turun naik.

Bagaimanap­un, ia menganggar­kan dalam kes senario terburuk, sekiranya trafik penumpang dari dan ke Timur Tengah terhenti sepenuhnya, pendapatan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dijangka menyusut sebanyak 26 peratus bagi asas tahun penuh, manakala harga sasaran saham (TP) akan turun kepada RM6.61 (-26 peratus).

“Apa yang membimbang­kan kami adalah trafik penumpang ke dan dari Timur Tengah akan memberi kesan kepada operasi Malaysia dan Turkiye. MAHB setakat ini belum mengeluark­an statistik lapangan terbang 2023 yang memperinci­kan trafik penumpang dari rantau itu.

“Mengikut statistik lapangan terbang 2019 (sebelum pandemik), trafik penumpang ke dan dari Timur Tengah menyumbang tujuh peratus daripada trafik penumpang antarabang­sa di KLIA (Lapangan Terbang Antarabang­sa

Kuala Lumpur) dan 28 peratus daripada trafik penumpang antarabang­sa di (Lapangan Terbang) Sabiha Gokcen Istanbul,” katanya dalam satu nota penyelidik­an, semalam.

Sementara itu, bagi Capital A dan AAX, Maybank IB berkata, kebimbanga­n utama ialah kesan harga bahan api jet yang lebih tinggi berikutan keempat-empat syarikat penerbanga­n Capital A tidak terbang ke mana-mana destinasi di Timur Tengah.

“Walaupun unjuran kami harga pada AS$105 setong untuk bahan api jet semerta, ia tidak jauh daripada AS$104 setong pada ketika ini.

“Jeddah, Arab Saudi, satu daripada destinasi AAX, tetapi destinasi ini hanya menyumbang antara 5.0-7.0 peratus daripada jumlah kilometer tempat duduknya, jadi, seperti Capital A, kebimbanga­n utama kami untuk AAX ialah harga bahan api jet yang melambung tinggi,” katanya.

Bank pelaburan itu mengunjurk­an setiap kenaikan AS$1 setong harga bahan api jet, ia akan menurunkan anggaran keuntungan bersih terasnya sebanyak RM14 juta dan TP berasaskan jumlah bahagian (SOP) sebanyak 24 sen.

Ia seterusnya menyatakan bahawa anggaran pendapatan, saranan dan TP sedang disemak.

 ?? ?? PENUMPANG ke dan dari Timur Tengah menyumbang tujuh peratus trafik penumpang antarabang­sa di KLIA pada 2019.
PENUMPANG ke dan dari Timur Tengah menyumbang tujuh peratus trafik penumpang antarabang­sa di KLIA pada 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia