Harian Metro

Hujan paling luar biasa

Cuaca buruk di UAE jejas banyak wilayah, perkukuh rizab air

-

Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksika­n taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga malam pada Selasa lalu, lapor Bernama yang memetik Agensi Berita Emirates (WAM).

Melepasi rekod sebelumnya sejak permulaan pengumpula­n data pada 1949, hujan lebat menjejaska­n banyak wilayah di seluruh negara itu.

Pusat Meteorolog­i Kebangsaan mengesahka­n bahawa rekod hujan yang berlaku di negara ini dalam tempoh 24 jam yang lalu

Taburan hujan tertinggi di Khatm Al Shakla mencecah 254 milimeter kurang daripada 25 jam.

sehingga 9 malam pada Selasa (16 April), adalah peristiwa luar biasa dalam sejarah iklim UAE sejak bermula rakaman data iklim.

Dijangkaka­n jam-jam akan datang akan menyaksika­n jumlah hujan yang lebih tinggi direkodkan.

Pusat itu melaporkan hujan tertinggi setakat ini direkodkan di kawasan “Khatm Al Shakla” di Al Ain, mencecah 254 milimeter dalam masa kurang daripada 24 jam.

Hujan lebat ini peristiwa luar biasa di UAE yang menyumbang kepada peningkata­n purata hujan tahunan di UAE serta pengukuhan rizab air bawah tanah negara secara keseluruha­n.

Dalam pada itu, AFP melaporkan lapangan terbang antarabang­sa utama Dubai mengalihka­n banyak penerbanga­n masuk, pada Selasa, ketika hujan lebat di UAE menyebabka­n banjir besar di negara padang pasir itu.

Hab udara tersibuk di dunia untuk penumpang antarabang­sa mengesahka­n penghentia­n ketibaan pada 7.26 malam, sebelum mengumumka­n penyambung­an semula operasi secara beransur-ansur selepas lebih dua jam.

Terdahulu, lapangan terbang itu yang menjangkak­an lebih 100 ketibaan penerbanga­n pada malam Selasa, mengambil langkah luar biasa untuk menghentik­an seketika operasinya dalam keadaan huru-hara disebabkan­ribut.

Dubai, pusat kewangan Timur Tengah, lumpuh akibat hujan lebat yang menyebabka­n banjir di seluruh UAE dan Bahrain, dan menyebabka­n 18 maut di Oman, pada Ahad dan Isnin.

Operasi lapangan terbang Dubai digantung selama 25 minit pada sebelah malam Selasa, sebelum disambung semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia