Harian Metro

ANGKAT JAGA JADI HERO

Filem komedi Leha dedikasi buat pengawal keselamata­n dengan sifat keberanian, tanggungja­wab Pemilihan genre aksi komedi ini bukan ingin memperleke­hkan kisah pengawal keselamata­n, tetapi saya mahu ia sesuai untuk ditonton semua lapisan masyarakat tanpa men

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Pekerjaan sebagai pengawal keselamata­n sering kali dipandang rendah oleh segelintir pihak.

Begitu pun, tanpa pengawal keselamata­n mampukah sesebuah kawasan atau premis terselamat daripada sebarang kemungkina­n tidak baik?

Perkara itu memberi ilham kepada syarikat produksi, Alfanazra Production­s bagi menghasilk­an naskhah yang mengangkat pengawal keselamata­n sebagai hero menerusi filem bergenre komedi berjudul Leha.

Filem ini diperkuatk­an dengan barisan pelakon popular tanah air antaranya Ali Puteh, Kodi Rasheed, Dboy Hamdan, Silfeny Osman, Khir Rahman, Cat Farish, Deen Wahab, Ikhwan Khairudin serta Bidin Al Zaifa.

Leha mengisahka­n tiga pengawal keselamata­n di sebuah kilang membantu menyelamat­kan gadis bernama Leha yang hampir menjadi mangsa culik garagara mempunyai maklumat dan dokumen mengenai jenayah pemerdagan­gan manusia di kilang berkenaan.

Pengarahny­a, Azaromi Ghozali berkata, ia sebagai tanggungja­wab sosial untuk mengangkat pengawal keselamata­n ke tahap lebih tinggi supaya masyarakat memandang mereka memiliki keberanian, selain turut dilatih dengan latihan ala tentera.

“Bagi saya, ini adalah daya tarikan utama dalam filem Leha. Selalunya orang memandang rendah kerjaya sebagai pengawal keselamata­n namun kali ini saya mengangkat mereka dengan sifat keberanian dan tanggungja­wab.

“Kita sedia maklum mengenai pengorbana­n mereka yang sangat besar dalam soal menjaga keselamata­n. Boleh dikatakan filem Leha ini sebagai satu penghargaa­n buat seluruh warga pengawal keselamata­n dan ahli Persatuan Industri Keselamata­n Malaysia (PIKM),” katanya.

Mengenai pemilihan genre komedi bagi filem itu pula, Azaromi berkata, pihaknya ingin memberikan penonton hiburan dengan lawak jenaka dan secara tidak langsung dapat melihat kisah keberanian tiga pengawal keselamata­n.

“Pemilihan genre aksi komedi ini bukan ingin memperleke­hkan kisah pengawal keselamata­n, tetapi saya mahu ia sesuai untuk ditonton semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur.

“Dengan cara ini akan menarik minat penonton dan tanpa ragu-ragu menonton bersama anak dan isteri.

“Saya juga mahu menampilka­n kelainan berbanding filem aksi komedi lain. Kerana dalam penceritaa­nnya ada ‘plot twist’ yang semestinya memberikan kejutan kepada penonton,” jelasnya.

Filem Leha ditayangka­n di pawagam seluruh negara sejak 11 April lalu sempena Aidilfitri.

AZAROMI

 ?? ?? ALI (dari kiri), Kodi dan Dboy antara teraju utama filem Leha.
ALI (dari kiri), Kodi dan Dboy antara teraju utama filem Leha.
 ?? ?? LEHA kisah keberanian tiga pengawal keselamata­n.
LEHA kisah keberanian tiga pengawal keselamata­n.
 ?? ?? SILFENY sebagai Leha.
SILFENY sebagai Leha.
 ?? ?? ANTARA babak cemas dalam filem Leha.
ANTARA babak cemas dalam filem Leha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia