Harian Metro

11,000 penduduk dipindahka­n

- Manado AFP

Anggota penyelamat Indonesia bertungkus lumus memindahka­n ribuan orang, pada Khamis, selepas Gunung Ruang di Sulawesi Utara meletus lima kali, memaksa pihak berkuasa menutup lapangan terbang berhampira­n dan mengeluark­an amaran serpihan yang jatuh, boleh menyebabka­n tsunami.

Kawah

Gunung

Ruang berapi-api dengan lahar berlatarka­n panahan petir semalaman selepas meletus empat kali pada Rabu, memaksa pihak berkuasa menaikkan tahap berjaga-jaga ke tahap tertinggi dalam sistem empat peringkat.

Gunung berapi di wilayah paling luar di Indonesia itu masih mengeluark­an asap pada pagi Khamis, menyebabka­n pihak berkuasa menutup lapangan terbang antarabang­sa terdekat di bandar Manado di Pulau Sulawesi, selama 24 jam.

Pihak berkuasa berkata, mereka bergegas untuk memindahka­n 11,000 penduduk dari kawasan berhampira­n termasuk pulau terpencil Tagulandan­g, yang menempatka­n kira-kira 20,000 orang.

“Malam tadi (Rabu), orang ramai berpindah sendiri tetapi tiada arah tuju akibat letusan gunung berapi dan bahan-bahan berupa batu-batu kecil, jadi orang ramai berselerak mencari laluan pemindahan,” kata pegawai daripada agensi mencari dan menyelamat tempatan,

Jandry Paendong, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, 20 kakitangan sedang membantu memindahka­n penduduk di sepanjang pantai berhampira­n gunung berapi, dengan menggunaka­n bot getah.

Dia meminta lebih banyak bot dan peralatan supaya pasukannya boleh ‘menjalanka­n pemindahan untuk orang ramai di pantai atau berhampira­n pantai’ iaitu kawasan yang menghadap gunung berapi.

Pelancong dan penduduk diberi amaran untuk kekal di luar zon pengecuali­an sepanjang enam kilometer.

Lebih 800 orang pada mulanya dibawa ke tempat selamat dari Ruang ke pulau Tagulandan­g, yang terletak berhampira­n, selepas letusan pertama pada petang Selasa, sebelum empat lagi letusan pada Rabu.

Pihak berkuasa memberi amaran tsunami letusan itu.

“Orang ramai berpindah sendiri tetapi tiada arah tuju akibat letusan gunung berapi. Jadi orang ramai berselerak mencari laluan pemindahan”

juga kemungkina­n akibat

 ?? ?? KAWAH Gunung Ruang yang mengeluark­an asap pada Khamis. FOTO AFP
KAWAH Gunung Ruang yang mengeluark­an asap pada Khamis. FOTO AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia