Harian Metro

PELUANG JUMPA ZIANA ZAIN

Sesi autograf khusus buat peminat sempena Konsert Ziana Zain 2024 di Sungei Wang Plaza pada Ahad ini Dengan penganjura­n acara seperti ini diharapkan menambah keghairaha­n dan keterujaan buat peminat untuk hadir ke konsert itu pada 25 Mei nanti

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Bagi menyemarak­kan lagi konsertnya pada 25 Mei depan, penyanyi tersohor, Ziana Zain bakal mengadakan sesi istimewa khusus buat peminat tercinta pada 21 April ini.

Bertempat di Sungei Wang Plaza acara bermula jam 3 petang itu dinamakan Sesi Autograf Konsert Ziana Zain 2024 yang dibawakan CSA Academy.

Semestinya ia peluang cukup bermakna besar sebagai acara prakonsert terutama buat peminat yang sudah membeli tiket. Ia juga menjadi peluang keemasan bertemu dekat penyanyi Madah Berhelah itu.

“Kami mengalualu­kan kehadiran peminat yang sudah membeli tiket Konsert Ziana Zain 2024 untuk beramah mesra. Sekali gus mendapatka­n tandatanga­n eksklusif daripada idola mereka di lokasi dan tarikh ditetapkan.

“Dengan penganjura­n acara seperti ini diharapkan menambah keghairaha­n dan keterujaan buat peminat untuk hadir ke konsert itu pada 25 Mei nanti,” demikian makluman penganjur.

Menikmati persembaha­n atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki cakera padat, poster mahupun majalah sebagai koleksi peribadi.

Sekalipun zaman berubah, ada satu tradisi yang mengeratka­n silaturahi­m secara semula jadi antara artis dengan peminat.

Tidak lain iaitu sesi ramah mesra dan mendapatka­n tandatanga­n secara eksklusif daripada sang idola.

Justeru, penganjur konsert iaitu Anuar

Zain Network dan

Ziana Zain Network dengan kerjasama Altus Prohouse berbesar hati menganjurk­an sesi bertemu dan tandatanga­n eksklusif terbabit.

Ia adalah sebagai tanda penghargaa­n buat peminat menjelang konsert itu yang berlangsun­g tidak lama lagi.

Untuk menyertain­ya, ada beberapa cara dan syarat boleh diikuti peminat. Ia adalah berdasarka­n siapa cepat, dia dapat dan sesi fotografi hanya terhad kepada 200 yang terawal.

Pertama, peminat perlu menebus poster atau kad foto yang disediakan di kaunter di lokasi acara nanti. Sesi menebus poster bermula pada jam 12 tengah hari.

Seramai 200 peminat terawal berpeluang bergambar dan mengambil tandatanga­n bersama Ziana Zain atas pentas.

Peminat yang hadir selepas itu masih boleh menebus poster yang sudah ditandatan­gan lebih awal di kaunter berdasarka­n stok yang ada.

Konsert Ziana Zain 2024 akan berlangsun­g di Mega Star Arena,

Kuala Lumpur. Ziana meluahkan rasa teruja dan syukur apabila dapat merealisas­ikan impian itu selepas

22 tahun tidak mengadakan konsert solo.

Pementasan­nya nanti juga bakal mendapat sentuhan pengarah muzik,

Aubrey Suwito serta 16 pemuzik profesiona­l manakala Jennifer Thompson bertindak sebagai pengarah konsert.

PENGANJUR

 ?? FOTO ARKIB NSTP ?? 200 peminat terawal berpeluang bergambar dengan Ziana.
FOTO ARKIB NSTP 200 peminat terawal berpeluang bergambar dengan Ziana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia