Harian Metro

KONDO IKONIK

KDSB bangun projek kondominiu­m pertama dikeliling­i fasiliti menarik

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Kenting Developmen­t Sdn Bhd (KDSB) terus kekal relevan dalam pasaran hartanah menerusi penawaran produk hartanah kediaman beraras tinggi atau kondominiu­m pertama miliknya di Residensi Vista Bayu, Sungai Ramal, Kajang, Selangor.

Misi ahli syarikat E&J Group of Companies iaitu pemangkin dalam industri infrastruk­tur, pembinaan dan pembanguna­n sejak 20 tahun lalu itu giat memenuhi impian bakal pemilik kediaman untuk memiliki hartanah sendiri dengan harga mampu milik.

Menurut Pengarah

KDSB, Ir Mervyn Ung, projek kondominiu­m terbaru itu dijangka menjadi tumpuan bakal pembeli hartanah terutama golongan berkeluarg­a kerana menepati gaya hidup dan keperluan masyarakat terkini.

“Selepas 10 tahun, membangunk­an kediaman mampu milik dengan pilihan berlaman seperti banglo, semi-D, teres satu tingkat dan dua tingkat, KDSB mengotakan janji dengan mempelbaga­ikan pilihan dalam kediaman mampu milik buat semua.

“Projek kondominiu­m pertama dibangunka­n KDSB, Residensi Vista

Bayu, Sungai Ramal ini mempunyai 187 unit di atas tanah rizab Melayu dengan status pegangan bebas.

“Kekal dengan matlamat sama iaitu mahu menyediaka­n kediaman mampu milik yang sempurna dikeliling­i fasiliti menarik seperti kolam renang, kawasan barbeku, taman permainan kanak-kanak, bilik gimnasium, dewan serba guna serta surau pastinya melengkapk­an gaya hidup terkini.

“Menariknya kondominiu­m 14 tingkat itu dibina dengan menimbang keselesaan penghuni dan kejiranan setempat apabila kepadatan penduduk tidak terlalu padat selain keluasan unit sekitar 900 hingga

1400 kaki persegi sangat selesa diduduki penghuni berkeluarg­a.

“Projek ini jelas menjadi titik permulaan kepada lebih banyak projek beraras tinggi daripada KDSB seiring dengan pembanguna­n kediaman berlaman,” katanya.

Tambah Mervyn lagi, penghuni juga menikmati kelebihan dari sudut infrastruk­tur dan persekitar­an kondusif kerana membangun di kawasan penempatan matang.

“Lebih menguntung­kan, Residensi Vista Bayu terletak di lokasi yang cukup strategik dalam sebuah penempatan yang matang dan membangun, dikeliling­i pelbagai kemudahan sempurna.

“Antaranya sekolah, masjid, hospital, stesen minyak, bangunan komersial dan pastinya pelbagai jenis kedai makanan.

“Lebih istimewa lokasinya tidak jauh dari bandar seperti Bangi, Kajang, Putrajaya atau Cyberjaya. Semua itu boleh dinikmati dengan penawaran harga bermula daripada RM348,000,” katanya.

Istimewa buat bakal pembeli, mereka juga akan menghuni bangunan ikonik di Kajang yang mana kondominiu­m pertama memiliki taman di bumbung. Selain itu,

KDSB turut memberikan penyaman udara dan kabinet dapur percuma.

Bagi mendapatka­n maklumat berkenaan projek Residensi Vista Bayu dengan lebih mendalam boleh mengunjung­i pejabat jualan Residensi Vista Bayu yang beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam.

sebagai sebahagian daripada bandar bersepadu Sunway Velocity, menawarkan ketersambu­ngan dan akses yang unggul kepada kemudahan gaya hidup.

“Kami menjangkak­an permintaan yang kukuh daripada pembeli yang mencari rumah mampu dimiliki dan selesa untuk kediaman mereka,” katanya.

Pratinjaua­n Sunway Velocity 3 itu mengikuti kejayaan pelancaran Sunway Velocity dan Sunway Velocity

TWO apabila semua unit kediaman terjual sepenuhnya. Unit komersial di Sunway Velocity dan Sunway Velocity TWO juga sudah disewa sepenuhnya.

Katanya, pihaknya menerima sambutan yang baik bagi keduadua pembanguna­n ini berikutan infrastruk­tur, pengangkut­an awam dan kemudahan yang dirancang dengan baik.

“Sunway Velocity 3 bersambung ke Sunway Velocity dan Sunway Velocity TWO melalui jambatan penghubung di mana semua kemudahan gaya hidup sedia ada iaitu Sunway Velocity Mall dengan lebih daripada satu juta kaki persegi ruang runcit, hiburan, makanan dan tempat rekreasi. Selain Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kolej Sunway @ Velocity, Hotel Sunway Velocity, ruang runcit dan pejabat taman rekreasi,” katanya.

Jelasnya, pembanguna­n itu bersambung terus dengan stesen transit aliran massa (MRT) dan transit aliran rtingan (LRT). Ia terletak hanya 470 meter (m) ke Stesen MRT Cochrane yang membolehka­n mobiliti tanpa kereta, penjimatan masa dan penguranga­n kos pengangkut­an, sambil meminimumk­an pencemaran.

“Ia juga terletak hanya satu stesen dari

Hab Kewangan Tun

Razak Exchange (TRX) yang dianggarka­n menempatka­n lebih daripada 45,000 profesiona­l, ekspatriat dan pemilik perniagaan. Ini dijangka meningkatk­an potensi pelaburan untuk unit-unit di Sunway Velocity 3,” katanya.

Tambahnya, beberapa ciri-ciri unik yang terbina dalam rumah adalah kunci pintu pintar iaitu kunci digital yang disambungk­an ke aplikasi telefon pintar untuk pengalaman sistem kunci yang lancar dan mudah.

“Tambahan pula, setiap bilik dilengkapi dengan sub-meter untuk pemantauan penggunaan tenaga yang tepat. Ciri-ciri ini meningkatk­an nilai unit untuk pembeli yang ingin memaksimum­kan pulangan sewa.

“Penyewa rumah akan peroleh pengurusan dan pemantauan bagi penggunaan bulanan dengan lebih mudah serta penyediaan kemudahan yang lebih baik,” katanya.

Tambahnya, direka dengan falsafah reka bentuk Sunway Property yang unik, Sunway

Design and Developmen­t Architectu­re (SDDA), pembanguna­n itu menyediaka­n ciriciri kemampanan, inovasi, kesihatan dan kesejahter­aan serta gaya hidup serta pengalaman baharu yang tiada tandingan kepada komuniti yang menetap.

Menerusi rekaan bentuk mesranya, ia dapat memberi kemudahan akses kepada warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya dengan ciri-ciri yang tersedia ada seperti tanjakan di ruang legar, ruang tamu dan bilik mandi.

Pada usia yang baharu mencecah belasan tahun, pelumba motosikal wanita negara ini sudah berjaya mengharumk­an nama Malaysia di persada antarabang­sa, apabila menjadi wanita pertama dari Asia beraksi dalam Kejohanan Wanita Eropah (WEC) baru-baru ini.

Ini selepas bakat dan potensi yang dimiliki

Saidatul Zakirah Zairin, 16, dalam sukan permotoran berjaya menarik perhatian pasukan GP3 AD11 dari Chile yang berpangkal­an di Itali untuk berlumba di Eropah.

Kini, Saidatul menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja 400 untuk kelas Supersport 300 bersaing dengan pelumba wanita di seluruh dunia.

Saidatul atau lebih mesra disapa Kirah bukan nama asing dalam sukan permotoran negara apabila berjaya meraih pelbagai kejayaan termasuk dua kali menaiki podium dalam Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK).

Mengimbas kembali pembabitan­nya dengan jentera dua roda itu, sebenarnya bibit perkenalan terhadap sukan ini bermula sejak usianya mencecah lima tahun apabila ayahnya yang bekerja di Qatar selalu membawa dia sekeluarga menonton pelbagai perlumbaan motosikal seperti MotoGP, Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) setiap tahun.

Saidatul berkata, dia sangat teruja setiap kali dapat melihat pelumba beraksi di litar sehingga timbul minat mendalam terhadap sukan itu.

Katanya, pada usia enam tahun, dia menyertai Akademi Persekutua­n Motor dan Motosikal Qatar (QMMF) namun cuma berpeluang menunggang kenderaan lasak serba bentuk permukaan bumi (ATV) sahaja kerana masih kecil.

“Akhirnya apabila berusia 11 tahun, Akademi Permotoran Qatar (QMA) ditubuhkan dan membuka penyertaan kepada kanak-kanak dan remaja berusia sekitar lapan hingga 17 tahun. Disebabkan permohonan sangat menggalakk­an, maka tapisan dilakukan. Alhamdulil­lah, saya bersama dua abang terpilih untuk menyertai akademi itu.

“Sejak itu, saya tidak menoleh ke belakang dan terus terbabit secara serius dengan sukan lumba motosikal sehingga ke hari ini,” katanya.

Menurutnya, dia amat menyukai sukan permotoran kerana seronok dengan derauan adrenalin yang

dirasai

dan berseronok dengan sukan ini jika mempunyai minat dan azam yang tinggi,” katanya.

Jelasnya, sepanjang terbabit dalam sukan permotoran, dia pernah melalui pelbagai kenangan pahit dan manis yang banyak membantu mematangka­n dirinya menjadi pelumba yang baik. “Antara yang tidak dapat dilupakan, apabila saya terjatuh berikutan litar licin ketika menyertai MSBK 2023 di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) sehingga terpaksa memulakan perlumbaan di laluan pit.

“Bagaimanap­un, dengan kesungguha­n dan semangat juang yang tinggi, saya dapat menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas berada cuma 0.5 saat di belakang pelumba di tempat pertama,” katanya.

Katanya, menyertai sukan yang didominasi lelaki, Kirah mengakui tidak terlepas daripada menerima pelbagai persepsi negatif daripada segelintir pihak yang meragui kemampuan wanita.

“Saya pernah dimalukan dengan mengatakan saya terlalu lemah dan beberapa masalah (ketika perlumbaan) yang timbul menunjukka­n saya tidak cukup kuat untuk menunggang motosikal. Malah ada juga yang mengejek saya, kononnya tidak lagi feminin apabila mempunyai parut di tangan.

“Bagaimanap­un, tanggapan negatif ini tidak menjadi penghalang kepada saya untuk terus mengejar impian dan meningkatk­an kebolehan dalam sukan ini,” katanya.

Dia bersyukur kerana keluarga terutama ayahnya sentiasa memberi sokongan dan dorongan tidak berbelah bahagi untuk terus terbabit dalam sukan ini.

“Tidak dinafikan, ibu bapa sentiasa bimbang dengan keselamata­n setiap kali saya berlumba di litar. Namun mereka tidak pernah menghalang saya untuk terus terbabit dalam sukan ini.

“Ayah sering berpesan kepada saya supaya terus bekerja keras untuk meneruskan minat dalam bidang ini,” katanya.

Ditanya berkenaan perancanga­n masa hadapannya, Kirah ingin terus maju dan meningkatk­an kemahirann­ya dalam sukan permotoran.

“Pada masa sama, saya ingin memotivasi­kan wanita lain untuk menyertai sukan permotoran serta sukan atau kerjaya lain yang mereka takut untuk sertai atas faktor stereotaip.

“Saya ingin buktikan kepada orang ramai bahawa saya boleh melakukann­ya supaya mereka juga boleh melakukann­ya. Ia tidak mudah, tetapi jika anda mempunyai semangat juang yang tinggi dalam diri maka anda akan dapat melakukann­ya,” katanya.

 ?? ?? KONDOMINIU­M baru di kawasan penempatan yang matang.
TAMAN dalam kawasan kediaman antara ciri unik dan istimewa.
SELESA dan sesuai diduduki penghuni sudah berkeluarg­a.
MERVYN bersama model Residensi Vista Bayu.
KONDOMINIU­M baru di kawasan penempatan yang matang. TAMAN dalam kawasan kediaman antara ciri unik dan istimewa. SELESA dan sesuai diduduki penghuni sudah berkeluarg­a. MERVYN bersama model Residensi Vista Bayu.
 ?? FOTO | IHSAN SUNWAY PROPERTY ?? SUNWAY bakal memperkena­lkan Sunway Velocity 3 pada suku kedua tahun ini.
FOTO | IHSAN SUNWAY PROPERTY SUNWAY bakal memperkena­lkan Sunway Velocity 3 pada suku kedua tahun ini.
 ?? ?? BILIK kanak-kanak yang selesa.
BILIK kanak-kanak yang selesa.
 ?? ?? RUANG kerja yang memenuhi cita rasa pembeli.
RUANG kerja yang memenuhi cita rasa pembeli.
 ?? ?? KEMAMPUAN Kirah dalam sukan permotoran mendapat perhatian ramai.
KEMAMPUAN Kirah dalam sukan permotoran mendapat perhatian ramai.
 ?? FOTO | IHSAN SAIDATUL ZAKIRAH ZAIRIN ?? SEAWAL usia 11 tahun, Kirah mula berlumba di Akademi Permotoran Qatar.
PELUMBA wanita memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.
KIRAH berjaya buktikan pelumba motosikal wanita negara mampu mengharumk­an nama negara.
FOTO | IHSAN SAIDATUL ZAKIRAH ZAIRIN SEAWAL usia 11 tahun, Kirah mula berlumba di Akademi Permotoran Qatar. PELUMBA wanita memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. KIRAH berjaya buktikan pelumba motosikal wanita negara mampu mengharumk­an nama negara.
 ?? ?? IBUNYA (kanan) turut hadir memberikan sokongan.
IBUNYA (kanan) turut hadir memberikan sokongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia