Harian Metro

12 kru kapal terbakar diselamatk­an

-

Johor Bahru: Seramai 12 kru kapal MT Layar Anggun 8 terselamat selepas vesel mereka terbakar dan hanyut di kedudukan 5.6 batu nautika tenggara Pulau Lima, Mersing di sini, Selasa lalu.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kejadian berkenaan dimaklumka­n oleh pihak Zon Maritim Tanjung Sedili selepas menerima e-mel daripada pihak Vessel Traffic Management System (VTMS) Pasir Gudang.

Menurutnya, APMM menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru kemudianny­a mengatur gerak sebuah kapal dan bot ronda APMM ke lokasi kejadian namun yang berdaftar di Tanzania itu tidak berada di lokasi terbabit.

Katanya, MRSC Johor Bahru kemudianny­a menerima pengesahan kapal MT Layar Anggun 8 terbabit hanyut memasuki perairan Pulau Bintan, Indonesia pada jam 4.30 petang.

“Kesemua 12 kru kapal itu berjaya diselamatk­an oleh pihak berkuasa Singapura di kedudukan 9.5 batu nautika timur Tanjung Punggai, Johor.

“Menurut Manual Search and Rescue (SAR) Kebangsaan, aset yang berada berhampira­n sesuatu kecemasan di laut harus memberikan bantuan tanpa mengira sempadan negara.

“Pihak berkuasa Singapura menerima laporan kejadian lebih awal ekoran kapal yang berada berdekatan kawasan kejadian melaporkan kejadian terbabit kepada Vessel Traffic Service (VTS) di bawah Singapura walaupun kejadian ini berlaku dalam perairan Malaysia seperti mana termaktub di dalam Pembahagia­n Sektor Pelaporan Kapal Dalam Traffic Separation Scheme (TSS) Selat Melaka dan Singapura,” katanya.

 ?? ?? KAPAL MT Layar Anggun 8 terbakar kebakaran dan hanyut di kedudukan 5.6 batu nautika tenggara Pulau Lima, Mersing. - Gambar ihsan APMM
KAPAL MT Layar Anggun 8 terbakar kebakaran dan hanyut di kedudukan 5.6 batu nautika tenggara Pulau Lima, Mersing. - Gambar ihsan APMM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia