Harian Metro

GAZA JANGAN DILUPAKAN!

The Sun melaporkan Iran berada di belakang Israel dari segi bajet pertahanan namun Iran mendahului Israel dari segi bilangan tentera yang aktif

-

Tumpuan dunia kini beralih ke drama baharu antara Iran dan Israel selepas Iran melancarka­n serangan pertamanya ke arah Israel, minggu lalu. Israel disokong oleh sekutunya, memintas sebahagian besar daripada 300 peluru berpandu dan dron yang dilancarka­n oleh Iran dan tiada sebarang kematian dilaporkan hasil serangan itu.

Iran berkata, serangan itu dilancarka­n sebagai tindakan balas terhadap serangan 1 April ke atas konsulatny­a di Damsyik yang dipercayai angkara Israel.

Iran adalah penyokong utama kumpulan Hamas dan Hizbullah Lubnan.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang telah berikrar untuk memusnahka­n Hamas atas serangan 7 Oktober yang memulakan perang Gaza, telah menegaskan bahawa Israel ‘memiliki hak untuk melindungi dirinya’ terhadap Iran.

Amerika Syarikat, sekutu utama Israel dan pembekal tentera, telah menjelaska­n ia tidak akan menyertai serangan balas terhadap Iran, tetapi mendedahka­n sekatan terhadap orang dan entiti yang terbabit dalam menghasilk­an dron yang digunakan dalam serangan Iran.

Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahia­n telah memberi amaran bahawa

Tehran akan membuat Israel ‘menyesali’ sebarang serangan ke atas republik Islam itu.

Selepas serangan dron itu, Netanyahu memanggil Kabinet perangnya buat kali kedua dalam tempoh kurang 24 jam untuk mempertimb­angkan tindak balas terhadap serangan Iran yang berlaku pada Ahad lalu.

Ketua Staf Tentera Herzi Halevi mengesahka­n negaranya akan bertindak balas namun beliau tidak memperinci­kan bentuk tindakan akan diambil rejim itu.

Akhirnya, semalam Israel mengambil langkah dengan melakukan serangan balas.

Agensi berita Iran Fars melaporkan tiga letupan kedengaran berhampira­n pangkalan udara tentera Shekari di barat laut wilayah Isfahan, manakala jurucakap agensi angkasa lepas Iran, Hossein Dalirian berkata beberapa dron telah berjaya ditembak jatuh.

Kemudahan nuklear di Isfahan dilaporkan sepenuhnya selamat, lapor agensi berita Tasnim Iran, memetik sumber yang boleh dipercayai.

Selepas serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke arah Israel pada Sabtu dan Ahad lalu, Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas faktor keselamata­n.

Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabang­sa (IAEA), Rafael Grossi berkata, kerajaan mempertimb­angkan tindakan itu sebagai langkah berwaspada.

Sementara itu, The Sun melaporkan melihat kepada perbanding­an persediaan ketenteraa­n antara kedua-dua seteru ini, Iran berada di belakang Israel dari segi bajet pertahanan namun Iran mendahului Israel dari segi bilangan tentera yang aktif.

Berdasarka­n laporan itu, bajet pertahanan Israel adalah

AS$24.2 bilion (kira-kira RM115 bilion), manakala Iran pula AS$9.9 bilion (kira-kira RM47 bilion).

Mengenai kekuatan pesawat udara, Israel mempunyai sejumlah 612 pesawat dan Iran (551 pesawat). Bagaimanap­un, dari segi kereta kebal, Iran mempunyai kekuatan hampir dua kali ganda berbanding Israel.

Israel mempunyai 2,200 kereta kebal, manakala Iran (4,071 kereta kebal).

Iran juga mendahului Israel dalam kekuatan tentera laut, yang mana Israel mempunyai 67 kapal perang, berbanding Iran yang mempunyai armada 101 kapal perang yang sudah lama wujud.

Selain itu, Israel mempunyai 43,000 kenderaan berperisai, manakala Iran dengan 65,000 kenderaan berperisai.

Iran juga mempunyai lebih kekuatan berbanding Israel dari segi bilangan tentera. Israel mempunyai 173,000 anggota tentera, manakala Iran 575,000 anggota yang aktif.

Menurut laporan media antarabang­sa, Israel kini mempunyai 80 bom nuklear, manakala Iran secara rasmi tidak mempunyai bom nuklear.

Jika dilihat dari satu sudut, mungkin Gaza boleh bernafas sedikit selepas tentera Israel sibuk menangkis serangan Iran.

Namun, apakan daya. Israel tetap menyerang Gaza dengan lebih banyak serangan maut dilancarka­n ke atas Gaza yang dikepung pada Khamis.

Syawal masih berbaki, moga penduduk Gaza diberi peluang untuk bernafas lagi.

 ?? ?? IRAN mempamerka­n persenjata­an pada sambutan Hari Angkatan Tentera di Tehran, kelmarin.
IRAN mempamerka­n persenjata­an pada sambutan Hari Angkatan Tentera di Tehran, kelmarin.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia